Followers

Daisypath Anniversary tickers

hantu dan jenisnya

biasa la kan.. even zaman moden, makhluk2 ghaib ni masih lagi d gunakan manusia utk ganggu kehidupan orang lain.. aihhh.. bace jek la kat bawah ni...


1. Hantu Raya,Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya untuk pulang berhari raya...kegemarannya mencuri kuih kuih raya.Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.

2. Hantu Langsuir, Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang.Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu,dia selalu datang menjeguk langsirnya. Hobinya bermain aumm cak di tepi langsir.

3. Hantu Stokin, Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam.Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumahtangga.Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.

4. Hantu Jerangkung, Di percayai berasal dari Tanah Besar China. Ia bekerja sebagai penjerang kangkung di sebuah restoran. Hari hari kerjanya jerang kangkung dalam sebuah periuk besar. Satu hari seorang kawan menyergahnya dari belakang, kerana terlalu terkejut ia jatuh dalam periuk itu. Perkataan akhirnya ialah 'jerang... ..kung', jadilah Hantu Jerangkung.Hobinya mencangkung dan tempat tinggalnya dalam almari, sebab tu le adalagu 'Jerangkung Dalam Almari'.

5. Hantu Pontianak, Disyaki berasal dari India. Seorang lelaki, Mr.Ponti mendapat seorang anak perempuan yang sangat hodoh. Orang kampung selalu menyindir anak ponti ini. Ponti punya anak - Ponti punya anak -Ponti punya anak. Ponti sangat malu dan mengurung anaknya. Selepas 5 tahun,anaknya keluar dari rumah dan terkejutlah seorang nenek, Oi! Pontianak... Lekatlah nama pontianak.

6. Hantu Penanggal, Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok pulak.Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung.Hebohlah satu kampung 'Lari..lari... ..Penanggal'. Bila dia melihat sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, kayap dan anu... ..dia pun mengilai semahunya.

7. Hantu Pocong, Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu Bin Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita... kaki cong le.Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang. Pucong! Pucong!

8. Hantu Kom-Kom - Berasal dari Hantu Komputer,macam ko rang yang suka main Komputer surf internat sampai 24jam hingga tak ingat dunia ..disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan komputer,... ... ... .komputer,komputer.akhir sekali di sebutlah hantu Kom-KOM..shortcut dari Komputer jadi ler KOM..sahaja... .


*sekadar suka2..heheheh

::Pencari Redha Allah::

tak kena ngn jiwa

huh.. pejam celik pejam celik.. kejap jek 3 tahun.. dah nak graduan dah aku ni..hehehe..moga dapat bagi kebahagiaan kepada org tua aku yang tercinta...

p/s: post aku kali ni mengarut sikit, bukan perkongsian ilmu..cume nak luahkan rasa marah dan geram..

praktikal aku akan berakhir tak lama lagi.. sepatutnya 14 sept.. tapi tak tahu la kalau kena tangguh lagi untuk menyambung perjuangan ke AUG.. moga dapat teruskan perjuangan ini bersama partner yang disayangi.. aiihh..tak sabar nya nak habis pratikal...STRESS!!!!




sebelum ni tak ada la rase cam ni.. lepas kena tukar tempat duk kat tempat PA ni terus jadi stresss.. aihhh.. duk kat tempat lama ada gak kerja kat luar.. manalah kena dengan jiwa aku.. asyik kena duk depan komputer jek..pastu Bos asyik complain jek.. siap bandingkan aku ngan dak praktikal sebelum ni..lagi la aku hanginnnn...aarggghhh... mmg la  bdak tu bgus.. awal2 lg dye dah mmg duk citu.. aku ni dah la dari bahgan lain.. buat kerja lain.. tetiba bdak tu habes, suruh aku ganti..pastu tak ajar aku ape2.. tak bgtaw bidang tugas aku.. sangat bagus kan.. ???

satu lagi, kalau nak suruh aku buat kerja lain, BAGITAHU la bidang tugas aku.. tak ade lah aku terpinga2... ape yang boleh buat, ape yang perlu buat, ape yang tak boleh buat...aku ngn tak tahu pape asyik kena tego jek ngan bos.. rosak la nama aku.. aku ni bukan nya jenis tak boleh buat kerja...boleh jek even kerja tu aku tak pernah buat.. cume aku tak tahu bidang tugas aku jek...


aihh.. nak keluar ni p mane2 pon kne bgtaw bos.. MANE LA AKU TAHU KENA bgtaw... lagi pon aku mmg xske duk dlm pejabat jek..kalau ada keje xpe..ni duk melangut jekk.. bila aku p turun bawah cri kerja yang nk dibuat, tanya pulak aku kat mane.. bila naik..bukan ada kerja ape pown.. hiisshh...MEMANG TAK KENA NGAN JIWA AKU LA KERJA PA NI...sgt stresss...!!!!

*sedang cuba tenangkan diri.. mencari hikhmat disebalik ujian All ni =(

::Pencari Redha Allah::

Mula jek kita ingat, pastu.....

Baskin Robin bagi ais krim free... gigih mereka beratur panjang..huh.. tak sanggup aku nak berbuat demikian demi sescoop ais krim..hehehehe... uihhh.. lari tajuk da ni..

ok la.. macam ni sebenarnya...

dari kecil lagi, kita dah ajar anak2 kita (bagi yang dah ada anak la..anak buah, adik dll termasuklah ye) mulakan apa2 pun dengan doa.. betul tak...? hah.. macam tu la yang Islam mahukan...bagus2... bila nak makan, kita ajak dyeorang baca doa makan.. nak tidur, baca doa tidur... segala2 nya bermula dengan nama Allah... tapi kan.. dalam masa yang sama kita sebenarnya tersalah didik mereka... (apa lak yang salah nya..? betul la mula kan segala perkara dengan doa...)

memang lah betul didikan tu... tapi...... kita lupa nak ajar mereka doa selepas perkara tu... yela, doa lepas makan, doa bangun tidur.. doa keluar rumah dll... tidak di nafikan gak.. ada jek mak ayah yang ajar.. tapi majoriti nya tidak begitu... ramai antara kita ingat Allah sebelum mulakan sesuatu.. tapi lepas dah buat.. tak ingat...

contoh yang paling mudah... berapa ramai antar kita yang baca doa selepas makan... lepas bangun dari tidur.. selepas sampai ke destinasi yang dituju..? mungkin ada... tapi bilangan nya sangat mengecewakan.... aku pown bukanny bagus sangat.. kadang kala aku lupa gak... lupa untuk bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan.. betapa ruginya diri ini.... =(

macam tu gak bila kita nak minta sesuatu daripada Allah... kita berdoa pada Allah.. siang dan malam.. setiap kali lepas solat.. tapi bila Allah nak makbulkan doa kita... kita berdoa tak pada Allah lagi..?? ada yang pas solat terus bangun jek... dulu sebelum dapat apa yang di idamkan... wirid punya la panjang.... bertasbih, bertahmid.. cuma tak bertalkin jek..hehhehe... tapi bila dah dapat.. cuma ucap "alhamdulillah" jek.. itu pown kalau ingat.. kalau tak...hhmmm....

sebenarnya, menda jadi sebab kita salah semasa mendidik anak2... kita patut ajar mereka berdoa sebelum dan selepas buat sesuatu.. bukan menyalahkan ibu bapa kita.. mungkin mereka juga telah di didik sedemikian... kita yang menyedari kesilapan tu.. kena lah buat perubahan.... mudahnya kalau nak berubah.. kita mula kan dengan diri kita sendiri dulu... nak makan baca doa... lepas makan pown kita baca doa... tak perlu rasa malu nak buka buku himpunan doa.. walaupun doa ni kita sepatutnya kita tahu dari kecil lagi... sebab kita sebagai manusia tak pernah berhenti menuntut ilmu... tak perlu hafal doa yang payah2.. cukuplah doa yang basic... macam doa sebelum & selapas makan, tidur, ke tandas, naiki kenderaan....

sekadar perkongsian bersama... kerana diri ini juga manusia biasa yang sering terleka dengan nikmat duniawi ='(

::Pencari Redha Allah::

comfirm korang tak tahu

entry  kali ni aku buat sebab tak ada kerja.. so aku buat2 cari kerja...moga terhibur..

1. Korang tahu tak?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya. (pengaliran haba melalui tapak tangan)

2. Korang caye tak?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. 
Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.
 
4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

aku terbaca artikal mereng ni d saat keboringan...hehheh



::Pencari Redha Allah::

Tidur- Bahagian III

3. Tidur pada waktu magrib
hukumnya adalah makruh tapi... kalau terlalu letih, kita di bolehkan tidur.. try dengar video kat bawah ni...


::Pencari Redha Allah::

Tidur- Bahagian II

2. tidur selepas asar menyebabkan hilang kewarasan

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah S.A.W ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.
Ibn Qaiyim menambah:

“Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar).”

Setengah ulama mengatakan:
“Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.

Sekiranya korang tak tau nak buat apa petang2, tidak penat atau mengantuk, maka ia merupakan sesuatu yang merugikan. Hehe. Tapi kalau tidur tu kerana terlalu penat dan membolehkan anda untuk fokus pada pelajaran di malam hari, maka tidur lah. Menunaikan hak badan juga merupakan satu sunnah, maka jika kena pada tempatnya tidur hatta selepas asar sekalipun boleh menjadi sunnah (mendapat pahala) lagi. -Di Petik dari ILUVISLAM

*perkongsian bersama~

::Pencari Redha Allah::

Tidur itu perlu... (bahagian i)


rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan selamat menjalani ibadah puasa.. lama tak update blog... fuhh... labah-labah dah buat keluarga bahagia dah kat sini..hehehehe...

Alhamdulillah... latihan ilmiah aku dah settle, exam dah lama berlalu, masum telah berakhir dengan jayanya... sekarang ni tinggal menjalani praktikal yang berbaki beberapa minggu sahaja lagi... lepas tu, tamat sudah gelaran aku "pelajar UKM" buat masa ni la.. mana tahu, ada kelapangan nanti, kowt2 nk sambung pelajaran lagi..


ok, aku nak kongsi cerita pasal tidur hari ni.. tidur tu penting.. untuk recharge energy kita.. kalau kurang tidur, badan kita akan jadi lemah dan kurang bermaya.. ala2 zombi gitu..heheh... tapi kalau lebih tidur pown tak elok gak... kita akan rasa malas satu hari tu.. ada kes pulak, akan sakit kepala kalau tidur berlebihan, macam aku ni hah...hehehe...

aku nak share pasal waktu tidur... kita kena elakkan tidur pada waktu

1. Selepas Subuh – hilang keberkatan dan mewarisi kepapaan.
2. Selepas Asar – hilang kewarasan
3. Selepas Maghrib – hilang peluang mendapat kebaikan² yang disediakan di waktu ini.

Tidur selepas solat subuh


hadis pertama:

Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi: 'اللهم بارك لأمتي في بكورها'
(Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi). Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.

hadis kedua:

Anak kesayangan nabi SAW, Fatimah bercerita bahawa satu hari Rasulullah SAW lalu di rumahnya dalam waktu subuh, dan didapati bahawa Fatimah sedang berbaring. Lalu Rasulullah SAW menggerakkan Fatimah dengan kakinya sambil berkata;

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك ، ولا تكوني من الغافلين ، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس

Maksudnya; “Wahai anak perempuanku, carilah rezeki tuhanmu, dan jangan kamu jadi dari kalangan orang yang lalai. Kerana sesungguhnya Allah SWT membahagikan rezeki-rezeki manusia itu, diantara terbit fajar hingga terbit matahari” [Sya’b Al-Iman : 4550 : sanad hadis ini lemah]

hadis ketiga:

Daripada Aisyah, bahawa Rasulullah SAW bersabda;
باكروا طلب الرزق والحوائج ، فإن الغدو بركة ونجاح

Maksudnya; “berpagi-pagilah kamu dalam mencari rezeki, kerana bekerja pada awal siang itu terdapat keberkatan dan kejayaan” [Al-Mu’jam Al-Awsat : 7458]

~tamat bahagian I~


::Pencari Redha Allah::

siapa sanggup dipertanggungjawabkan..?

tertarik dengan artikel daripada seorang kenalan ni.. ianya membuatkan aku terfikir sejenak... moga aku tak mengambil hak yang bukan milik aku.. renungan bersama...

" Alhamdulillah ustaz, usulan saya kepada Tan Sri Khalid diterima dan kini kami seluruh pegawai syarikat perlu membayar duit ansuran kereta masing-masing kerana pihak syarikat tidak lagi menanggung pembayaran tersebut dan geran kereta ditukar atas nama masing-masing ", ujar seorang abang kepadaku.

" Maksud abang sekarang kereta tu atas nama abanglah ye?", sambung aku.

" Ya ustaz kereta itu bukan atas nama syarikat lagi, kini di bawah nama persendirian cuma syarikat hanya memberi elaun transport serta klaim sahaja ", abang itu menjawab.

Aku bertanya lagi, " Tapi kenapa abang buat macam tu, bukan ke semua orang suka syarikat tanggung?".

" Bukan apa ustaz, suatu hari semasa memandu kereta syarikat tiba-tiba anak saya telefon memesan slurpee di Seven Eleven. Lepas saya singgah dan membeli baru saya teringat, ' Ya Allah ini kereta syarikat, tapi aku sudah menggunakan untuk tujuan peribadi '.

Terfikir saya ustaz kisah Saidina Umar tentang lampu yang dipadamkan waktu anaknya berjumpa dengannya untuk berbincang tentang masalah keluarga. Kan lampu itu hak rakyat maka dia memadamkan agar tidak disoal Allah tentang salah guna amanah.

Saya renung sejenak, bagaimana nanti diakhirat Allah menyoal saya tentang menggunakan kereta syarikat untuk urusan peribadi, padahal itu bukan hak saya.

Dari situlah saya berani mengusulkan cadangan tersebut walaupun seluruh ahli majlis tertinggi tidak setuju dengan cadangan saya. 

Kini alhamdulillah, kereta itu saya yang tanggung dan ia milik saya bolehlah saya gunakan untuk urusan kerja mahupun urusan peribadi ", cerita abang itu.

Alhamdulillah seronok aku mendengar cerita abang itu, wujud di dalam hatinya cintakan agama dan takutkan Allah, Subbhanallah. Tapi bagaimana mereka yang membaca surat khabar, bermain facebook menggunakan pc syarikat? Allahua'lam.




“Allah memberi kasih sayang seratus bahagian, sembilan puluh sembilan bahagian ditahan untuk sementara dan satu bahagian diturunkan ke bumi. Dari satu bahagian itulah seluruh makhluk hidup berkasih sayang, hinggakan kamu dapat melihat binatang mengangkat kakinya kerana khuatir terpijak anaknya.”

::Rahmat Allah mendahului kemurkaanNya::

tak banyak, sikit pon ok

tak ada idea sebenarnya nk update sebenarnya ni..hehehe.. ok la cerita tentang tangisan.. ada orang akan menangis bila tengok movie.. ada gak yang menangis baca novel... hehehe.. ada orang kawan ni.. lelaki.. menangis tengok cerita thailand..hahhaha... biasa la kan.. hatinya sensitif...

kali ni nak cerita tentang tangisan aku.. hehehe.. bukan orang lain.. aku pernah menangis baca satu buku ni.. wahhh.. pengakuan berani hidup ni..hik... air mata aku mengalir tetiba jek.. tajuk buku tu BILA ALLAH MENDUGA KITA.. tak tahu nak cakap macam mana... betapa aku tak bersyukurnya dengan nikmat yang Allah berikan pada aku..


lepas aku baca buku tu.. pandangan hidup sedikit sebanyak telah berubah.. cam skema lak ayat ni..hehehe...seriusly... aku cadangkan kawan2 baca lah buku.. comfirm..!! kalau tak banyak, sikit pon jadilah perubahan yang akan korang rasa dalam diri korang.. Insya Allah..

Mencari kemanisan dalam kehidupan.
Mehnah mendatang terasa terbeban.
Bawa hatimu kepada Tuhan.
Di sana menanti syurga idaman.

kenangan yang tak ternilai

Assalamualaikum... 
pejam celik pejam celik.. dah nak abes belajar dah rupanya... berat pulak hati ni memikirkan terlalu bnyak kenangan bersama 3 keluarga besar di UKM.. tak tergambar oleh kata2 betapa sayang aku terhadap mereka... hanya Allah sahaja yang mengetahui..

mohon maaf jika ada silap dan salah sepanjang perkenalan kita semua... memang di akui aku suka cakap lepas jek..hehe.. tapi aku tak pernah memaksudkan kata2 tersebut... sekadar gurauan sahaja.... gurau kasar la katakan..hehheh... 
mohon halal kan segala yang aku amik atau gunakan atau makankan..heheheh.. manalah tahu umur tak panjang... moga perkenalan kita membawa manfaat dan kebaikan di dunia dan akhirat..

special wish kepada Izzat, Ezuan, Habibah, Soleh dan Hafis yang sentiasa berada di sisi ketika susah dan senang.. terutamanya H.A.I... T xtermasuk ea..hik3.. tak lupa gak pada wana... sungguh bertuah diri ini punyai sahabat seperti kalian.. alhamdulillah....kalau aku tak kenal korang, tak tahu la apa nak jadi dengan aku sekarang ni.. 


terima kasih juga kepada Nurhaniza dan Nadrah yang selama ni jadi partner regu.. minta maaf jika ada terkasar bicara tersalah kata yang menguris hati... harap di maafkan.. terima kasih sebab bagi support bila kita trening... terutama bila ada gerakan yang aku tak mampu buat.. thnx a lot.. 


kepada keluarga Gayong... aku bakal merindui kenangan2 ni =)

tak lupa gak keluaga ANSOS.. selama 3 tahun kita berkenalan.. mohon maaf jika ada silap dan salah.. really have sweet tym with u all.. hidup ANSOS..!!! Love culture for future..!!

kepada keluarga pencak... terlalu banyak kenangan manis yang tak muat kalau nak d ceritakan kat sini... sayang korang semua.. 

air mata ini mengalir mengenang kembali kenangan2 lalu... moga ukhuwah yang terjalin berkekalan sampai bila2.. hanya Allah yang mengetahui rasa kerinduan di hati ini tatkala melihat semula gambar2 kenangan bersama =)

Mencari kemanisan dalam kehidupan.
Mehnah mendatang terasa terbeban.
Bawa hatimu kepada Tuhan.
Di sana menanti syurga idaman.

Back Up 'temuduga'

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
 

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:


Sabda Rasullah SAW: Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada! sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.

  • Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk. 
  • Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. 
  • Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. 
  • Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: dibahagianku tidak ada jalan masuk. 

Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki(muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah S.W.T

Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat Insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya" Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki).!
Wallahu-a'lam.
 


Mencari kemanisan dalam kehidupan. 
Mehnah mendatang terasa terbeban.
Bawa hatimu kepada Tuhan.
Di sana menanti syurga idaman.

Sabar, Allah sedang menguji...

Allahu Akhbar... hanya Allah jek yang tahu apa yang aku rasa sekarang ni..

mula jam kesayangan aku hilang... aku cuba tenangkan diri... jangan terlalu sayangkan harta dunia... alhamdulillah.. aku semakin tenang.. sekarang ujian lain pula.. Allahurabbi... Allah uji aku dengan harta dunia sekali lagi....


" Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai ujian di sisi Allahlah pahala yang besar" (an-Anfaal:28)

manalah aku nak cari nak ganti harta orang... aku hanya mampu memohon kepada Allah.. kerana sebaik-baik pembalasan adalah dari Allah...

"Bukankah Allah adalah hakim yang sebaik-baiknya paling adil" (at-Tiin:8)

aku perlu bersabar... setiap kejadian ada hikmahnya..

"raihlah apa yang bermanfaat bagimu, minta tolonglah pada Allahdan jangan bersikap lemah" (HAdis riwayat Muslim)

itulah yang sedang aku lakukan.. Allah takkan menguji hambaNya di luar batas kemampuan hambaNya keran Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang... Ujian akan membuatkan aku lebih kuat bukannya lemah..



Mencari kemanisan dalam kehidupan. 
Mehnah mendatang terasa terbeban.
Bawa hatimu kepada Tuhan.
Di sana menanti syurga idaman.

Nikmat Yang Tersirat

Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir  pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport
daripada  ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanya tersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..

beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbunga keriangan... satu hari... si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan  betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang  cukup cemerlang...si anak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu...si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...si anak terkesima...sungguh...bukan  itu yg kuhajatkan...dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak  menunjukkan sebarang perubahan; seolah2 tidak dapat membaca tandatanya yang bersarang di hatinya.... dalam pada itu si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...

apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil; comel dgn cover kulit..tinta emas  menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak...ayah sengaja mempermainkan saya...ayah bukannya  tahu betapa saya menyukai kereta tu...bukannya ayah x mampu utk membelikannya...sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya  nak...katanya keras...al-quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan...si anak terus meninggalkan si  ayah..tanpa memberi walau sepicing utk si ayah bersuara...pakaiannya  disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan  kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya....

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta...punyai  syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh...sudah 10 tahun..sejak  peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...sedang dia  berkira2 sendiri... telefonnya berdering...dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada si  anak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta...
buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya...al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-quran itu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari al-quran itu...segugus kunci...di muka belakang al-quran itu...

sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu...kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya2...nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli pada hari konvokesyennya...dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah... sepucuk  warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku.. air mata si anak menitis  deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang...namun semuanya sudah terlambat... 
sekadar renungan bersama: berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati??


Mencari kemanisan dalam kehidupan.
Mehnah mendatang terasa terbeban. 
Bawa hatimu kepada Tuhan.
Di sana menanti syurga idaman.
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...