Followers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Jangan pernah putus asa


makkkk oiiiiii... ni bukan penuh sawang lagi dah ni.. ini boleh jadi tempat jin bertapa ni... (hiperbola namanya ni..hehehe) ini menunjukkan sudah berkurun aku tak menghupdate aku punya blog ni.

Ada orang kata, penantian itu satu penyeksaan. tai kita silap..sebenarnya PENANTIAN ITU SATU NIKMAT.. nak tahu sebab ape?? hah.. meh cerita sikit..aku bagi contoh yang sangat mudah untuk difahami. kalau penantian itu satu penyeksaan, aku amat sangat sungguh pasti... Islam tak akan tersebar dan tak akan wujud pon pada hari ni. Kalau Rasulullah tak sabar dalam menyebarkan dakwah Islamnya dulutak tahulah. mungkin aku ni pon tak kenal agama Islam tu ape. walaupun orang2 Islam zaman dulu kena seksa dengan teruk tapi mereka sabar sebab mereka tahu.. Allah  dah janjikan nikmat yang tidak terhingga untuk mereka pada hari akhirat kelak.

macam tu gak kita.. bila kita berhajat SESUATU YANG BAIK... tapi Allah belum bagi..BERSABARLAH.. bersangka baiklah dengan ALlah..sebab ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.. seperti firman Allah yang bermaksud "Aku mengikut sangkaan hambaKu" (tolong betulkan kalau salah)

menanti bangkitnya Islam juga satu nikmat. jangan lah pernah berhenti berjuang.



(sumber dari pak cik Google)
::Pencari Redha Allah::

kekasih saya selamnya =)

saya sangat dan rindu sangat pada kekasih saya..awak tahu kenapa...? hehehe..

kekasih saya selalu ada bersama saya..Dia tak pernah tinggalkan saya.. Dia selalu ada pada saat saya perlukan Dia... di saat saya keseorangan...Dia ada di sisi saya... di saat saya kesedihan dan kecewa...Dia ada untuk beri saya ketenangan.. bila saya gembira..Dia ada bersama untuk saya rasa bersyukur...

awak tahu..?? Dia tak mahu terlalu manjakan saya... Dia tak bagi apa sahaja yang saya minta sewenang-wenangnya.. Dia hanya bagi apa yang saya perlukan.. Dia hanya bagi apa yang saya mahu jika saya beruasaha kearna Dia mahu saya kenal erti tidak putus asa dengan rahmatNya. Dia tak pernah berkira dengan saya.. Dia bagi saya hirup udara yang ada, tanpa ada bil yang sampai pada saya setiap bulan..Dia bagi saya mendiami bumi ini, tanpa saya perlu bayar sewanya.. sungguh Maha Pemurah...kalau saya buat salah..Dia selalu maafkan saya...Sungguh Dia Maha Pengampun...


kalau saya dalam kesusahan... saya selalu mengadu pada Dia.. Dia kata setiap kali Dia datangkan kesusahan, pasti Dia akan datangkn kemudahan selepas itu... Sweetnya kekasih saya...  Dia selalu menguji cinta saya padaNya..Dia datangkan ujian dan cubaan agar saya selalu ingat Dia... Dia selalu bagi surprise pada saya.. saya ingat Dia kedekut bila Dia ambil semua 'barang' yang Dia bagi pada saya..rupa-rupanya saya silap.. Dia sayang sangat pada saya.. Dia gantikan 'barang' itu dengan 'barang' lain yang lebih baik..

kerana Dia..saya banyak berubah.. saya berubah untuk mendapatkan cintaNya...saya berubah kerana Allah... saya bukan seorang yang layak untuk mendapat cintaNya..tapi saya berusaha untuk itu... insya Allah, dalam saya berubah keranaNya..dalam mencari cintaNya..saya punya kekuatan untuk kekal berubah.. jika berubah kerana insan biasa, saya pasti perubahan itu akan hilang setelah insan itu pergi meninggalkan kita... tapi jika kita berubah keran Allah..Insya Allah..kita kan berbahagia..kerana Allah tidak kan pernah meninggalkan hamba-hambaNya...


Ada waktunya,
sepi menjadi lebih indah 
kerana di saat itu kita ada ruang 
untuk mengingati dan merindui........

Tahu tak...?

  1. Jangan tertarik kepada seseorang sebab parasnya.  keelokan
    paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana
    kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu
    tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap
    menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.
  1. Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan pergilah ke
    tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan
    hal-hal yang ingin kamu lakukan.
  1.  Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
    Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup
    sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
  1.  Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di
    beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu
    meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.
  1. Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai
    kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa
    yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.
  1. Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal
    itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.
  1. Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi
    dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita
    inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.
  1. Orang-orang yang paling berbahagia pun tidak selalu memiliki
    hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap
    hal yang hadir dalam hidupnya.
  1. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
  1. Hanya diperlukan waktu seminit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

  1.  Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Kerana mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir
    dalam hidup mereka.
  1. Cinta datang kepada mereka yang masih berharap, walaupun pernah
    dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya walaupun pernah
    dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai walaupun pernah disakiti
    hatinya.
  1. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,
    tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah
    memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.

  1. Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba,  jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup, jangan pernah  mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat  melupakannya.
  1. Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.
  1.  Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu  dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian,
    janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang
    mengatakannya dengan sepenuh hati.
  1. Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu
    tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu
    tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
ingatlah,kita yang harus mengawal hawa nafsu bukannya nafsu yang mengawal diri kita. INGAT!!!KEANGKUHAN HAWA NAFSU TIADA TOLOK BANDINGNYA.


Ada waktunya, 
sepi menjadi lebih indah
 kerana di saat itu kita ada ruang 
untuk mengingati dan merindui........

kasih..sayang..cinta..

  Kasih..

Kita sering mengucapkan kalimah bismillah yang   membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.

Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.
Sayang..

Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.
Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.
Cinta..
Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.
Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.
Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.

Ada waktunya, 
sepi menjadi lebih indah
 kerana di saat itu kita ada ruang
 untuk mengingati dan merindui........

USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA"

Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan.. Berkhasiat.. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.

 
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!

*Peringatan buat diri sendiri~


Ada waktunya, 
sepi menjadi lebih indah 
kerana di saat itu kita ada ruang 
untuk mengingati dan merindui........

Jika dia jodohku





Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. 
Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? 
Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar,
mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. 
Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. 

Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. 
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama


Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan


Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. 
Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. 


Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

*ingat la..hubungan yang paling diredai Allah adalah hubungan yang halal






Ada waktunya, 
sepi menjadi lebih indah
 kerana di saat itu kita ada ruang
 untuk mengingati dan merindui........
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...