Followers

Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

mental atau fizikal

assalamualaikum dan salam sejahtera...seperti biasa..lama dah aku tak bersihkan sawang- sawang yang bertempiaran kat blog aku ni...hehehhe...


Profile PictureTaming Sari III hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi...fuhh..cuak gak...tapi tak pe...perjuang masih belum selesai... setiap orang ada peluang untuk menang...saat-saat macam ni..ramai rakan seperjuangan aku yang down (termasuk la aku pown)...tapi bukan sebab TS semata-mata...banyak sebab...tak perlu lah aku bagitahu sebabnya kat sini...kang meleret-leret lak entry aku pasal sebab nya jek kang...aku selalu pesan kat kawan-kawan dan termasuklah diri aku sendiri.. "sekarang ni kita sedang membina kekuatan mental..bukan fizikal lagi...fizikal bergerak mengikut arahan mental kita" jadi...tanam kan dalam diri..nilai-nilai positif...mungkin orang lain lebih hebat dari kita..tapi kita jangan sesekali lupa..bahawa diri kita sendiri punya kehebatan yang tersendiri..jangan pandang rendah dengan kebolehan sendiri...

masa latihan berjalan...ramai cakap "eh, aku tak boleh buat la...susah la..tak berani la" kata-kata macam ni yang buat diri kita jadi lemah.. bila aku cuba clear kan fikiran dyeorang....minta mereka fokus...mereka boleh jek buat..malah lebih baik dari yang aku sangkakan... silapnya mereka tak percaya pada diri sendiri jek..kepada rakan seperjuang sekalian...jangan sesekali menafikan kemampuan diri..tunjukkan dan arahan otak anda supaya berfikir secara positif...dengan itu..fizikal anda pastu akan bekerja keras mengikut arahan tersebut.. percaya pada diri...insya Allah, Allah akan permudahkan jalan anda menuju kejayaan..


seorang mentor yang sangat aku sanjungi selalu pesan "insan yang cemerlang adalah insan yang berjaya melawan dirinya sendiri setiap hari" jadi...lawan sikap dan sifat negatif yang ada dalam diri kita sendiri... insya Allah, kita kan jadi orang yang positif yang selalu cemerlang...


macam tu jugak aku...kalau nak di ikutkan hati ni..aku dah tak nak turun trening...dengan kaki aku yang asyik sakit jek ni.. injury lama la katakaan..hehehhe....tapi aku kena lawan...!!! aku percaya rakan seperjuangan aku yang lain ni semuanya ada kelebihan dan kekuatan masing-masing...malah lebih hebat dari aku...percaya pada diri... korang pasti boleh berjaya...

SEE TO BELIEVE OR BELIEVE TO SEE..korang pilih lah sendiri =)

Ada waktunya, 
sepi menjadi lebih indah 
kerana di saat itu kita ada ruang 
untuk mengingati dan merindui........

Kata-kata lebih tajam dari mata pedang

Memang benar, perkataan yang kita ucapkan lebih tajam dari mata pedang.. ia menyakitkan tanpa menampakkan lukanya... namun, percaya lah.. perkataan mempunyai kuasa dalam membentuk diri...sebagaimana yang kita selalu dengar kata-kata itu doa.. that why, pemilihan perkataan itu sangat penting...

Dua perkataan yang dapat dikaitkan dengan persoalan yang sering dilemparkan kepada diri adalah Dua petarung yang akan bertarung untuk merebut 'kejuaraan diri'. Para petarung adalah 'Mengapa' dan 'Bagaimana'. Rasanya-rasanya, yang manakah adalah pemenang?

Bagaimana?
Bagaimana adalah perkataan berbentuk positif. Ia mengarah kita kepada sesuatu yang lebih baik. Contohnya apabila kita melihat sesuatu atau sedang menghadapi masalah, kita bertanya kepada diri ataupun sekeliling, bagaimana dia melakukannya? Apabila perkataan yang tepat dilontarkan, jawapan yang tepat juga dikeluarkan. Kita akan mula memikir dan mencari bagaimana perkara itu dapat dibuat atau diselesaikan. 'Bagaimana' membawa kepada penyelesaian masalah.

Mengapa?
Seterusnya adalah 'mengapa'. Mengapa adalah perkataan yang membawa ke arah negatif. Apabila kita menghadapi masalah, anda mungkin mengatakan mengapa ianya terjadi kepada kita. Mengapa membawa kita kepada alam alasan. Ia membantu kita membina seribu alasan. Walau ia nampaknya 'baik' kerana membuat kita seorang yang tidak bersalah, tetapi sebenarnya ianya tidak membantu kita untuk masa jangka panjang. 'Mengapa' adalah perkataan lemah!  (sumber: iluvislam)


Lihatlah (click sini) kuasa perkataan 

Selalu lah set di minda anda "saya hebat, saya boleh lakukannya" dan jangan sesekali mengatakan "AKU TAK BOLEH BUATLAH"... jangan buat keputusan untuk diri anda sendiri sebelum anda mencubanya..untuk perkara2 yang positif jek k...

sekadar perkongsian bersama~



Ada waktunya, 
sepi menjadi lebih indah
kerana di saat itu kita ada ruang
untuk mengingati dan merindui........

Aku nak berjaya..!!!

Assalamualaikum....
Masya-Allah.....berhabuk gilerr blog aku nihhh..hahahahha...almaklumlah...da lama tak mengupdate......hehehe..post kali ni.. aku nak share..serba sebanyak tip-tip nak berjaya.. sebenarnya tip ni untuk aku jerk.. tapi apa lah salahnya kalau aku share dengan orang lain kan...ilmu tuhh...walaupun sedikit..kita kena la kongsi dengan orang lain..lebih-lebih lagi kalau ilmu tu boleh bawa banyak manfaatnya...


Tip 1: Mula kembali
Andai anda da berusaha tapi tak berjaya..jangan berhenti di situ je..mulakan la semula.. when things are not going right or you get knocked down, bounce right back again.. selidik punca kegagalan kita tuhh...  pastu, kita mulakan langkah baru.. INGAT...!! lekukan pada batu bukan disebabkan sekali jerk air tu menitik..tapi berkali-kali dan berterusan... jadi, berusahalah...jangan mudah putus asa....


Tip 2: Komitmen 100%
macam tak ada kisah disebalik kejayaan mereka yang berusaha 60% jerk tapi dapat hasil 100%...memang sesuatu yang mustahil melainkan tuah yang Allah SWT berikan. maknanya kalau kita nak berjaya, kita kenalah bagi komitmen yang begitu tinggi kepada visi dan misi yang kita nak capai tuhh.. jangan sekadar melepaskan batuk di tangga...

Tip 3: Cari penyelesaian bukan alasan
biasalah kan...dalam kita nak mencapai matlamat kita tuhh..mesti banyak jerk halangan dan cabaran yang menduga kita..betul x..?? sampai kadang-kadang tuhh.. kita sendiri keliru..apa yang kita buat ni jalan penyelesaiannya ataupun alasan yang makin memburukkan lagi keadaan.. eerrmmm....orang yang hadapi masalah ni dengan cara yang negatif akan selalu berikan alasan.. tapi orang yang positif pulakk akan berusaha mencari penyelesaiannya walau dengan apa cara sekalipun....

Tip 4:  Bina hubungan dengan orang lain.
kalau nak berjaya dalam karier mestilah kena banyak kenalan...lagi ramai, lagi bagus..hehehhehe.... tak kesahlah apa pun kerja yang kita buat.. part-time ke profesional ke...semuanya kena ada ramai hubungan...berkawan biar beribu...hehehehe...bila kita dah ada ramai kenalan, bila kita ada masalah..kita boleh la minta tolong mereka..tak semestinya bantuan kewangan ke apa kerr..cukuplah sekadar mereka doakan kita berjaya dan bahagia...

Tip 5: Jaga diri anda
hah..tip ni paling penting sebenarnya... sebelum kita nak jaga orang lain...kena lah jaga diri kita sendiri dulu.. ada cara nya pulak nak jaga diri nihh... Pertama, kesihatan kita. kedua, hubungan kita dengan orang lain dan yang ketiga kerjaya kita...JANGAN LUPA JAGA DIRI..!!!kalau kesihatan terganggu..kita tak boleh nak buat kerja dan tak dapat nak bina hubungan dengan orang lain.. macam tu gak kalau kerjaya kita dah hilang...tak ada siapa nak bina hubungan dengan kita..silap-silap hari bulan...kawan-kawan kita pun tinggalkan kita...tinggal kita keseorangan....huhuhu...

Tip 6: Keluarlah dari kegelapan
wahhh2...hehehe...nak keluar dari kegelapan...kita pergi jerk tempat yang ada cahaya lampu..hahahaha...kalau nak berjaya, kita jangan terlalu terikat dengan pemikiran yang lama. cuba sesuatu yang baru..sesuatu yang lebih kreatif dan dapat merangsang diri kita untuk terus bina kejayaan diri, keluarga dan juga kerjaya..

Tip 7: jadilah tangan di atas
jadilah insan yang pemurah...mereka yang pemurah akan diberkati Allah SWT...Allah SWT akan permudahkan lagi segala urusan kita...bila kita bantu orang lain..Insya-Allah orang akan mendoakan kita..bayangkan kalau semua orang yang kita bantu tu, doakan kita... perasaan tenang dan bahagia akan hadir dalam diri kita..TAPI INGAT!!!kita kena IKHLAS untuk bantu orang lain... saku suka dengan ayat ni "dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain" jadi fikir-fikirkan lah sebab apa Islam mewajibkan kita membayar zakat...

Tip 8: Cari di mana keseronokan berkerja

andai kata kita dah kehilangan keseronokan untuk berkerja...jangan terus berada dalam keadaan macam tuhh...cuba buat sesuatu untuk kembalikan suasana keseronokan tersebut...kalau kita nak kan cabaran yang baru, suasana kerja yang baru, rakan kerja yang baru... tak ada salahnya kalau menda ni menuntut kita untuk berhijrah ke tempat kerja yang baru...

Cuba memotivasikan diri sendiri...
Nurul~

Jangan...

Assalamualaikum...

Terasa nak blogging lak hari ni.. sekadar peringatan buat diri sendiri.. kita sering cakap "orang lain boleh buat, aku pon mestilah boleh gak".. perkataan tu memang merupakan kata semangat yang boleh membantu kita menjadi seorang yang berjaya..

tapi perkataan yang sedemikian tak boleh disalahgunakan dalam sesetengh keadaan..(jeng..jeng..jeng~). keadaan yang macam mana tu ea.. kawan aku selalu pesan pada aku.. kalu kita nak tarbiyyah orang, jangan judge orang tu berdasarkan pengalaman kita, tapi judge mereka berdasarkan pengalaman mereka. ada betulnya apa yang kawan aku cakap tuh... (siap bagi contoh masa terangkan pada aku)..

lepas tu baru aku sedar, bukan semua keadaan aku boleh guna ayat "aku boleh buat, takkan ko tak boleh buat kowt" dalam semua situasi..


kawan aku yang sorang ni pulak selalu cakap "yang berat itu amanah" memang betul tuhh.. bila dia tak buat amanah tuh, dia akan dikata, dpersoalkan dan sebagainya. pernah tak kita tanya dia, berapa banyak jawatan dan amanah yang dia pikul..??? kita setakat pikul 2 ke 3 amanah boleh la nak bising2 kan.. dan pernah tak kita tanya dia, dia pikul amanah ni sebab dia yang nak atau dia dilantik sebab orang percaya dia boleh buat kerja..?? aku pown tak pernah fikirkan perkara2 macam ni..

 jadi adilkah kita judge seseorang yang tak jalankan amanah dia tu sebagai seorang yang tak bertanggungjawab. atau dia dah cuba jalankan amanah dia sebaik mungkin namun masih terdapat kelompangan sehinggga kita labelkan dia sebagai tak bagi komitmen..?? (keluar dah teori perlabelan aku...hehehehe)...lain pulak keadaan nya kalau dia sengaja tak menjalankan amanah dan tanggungjawab dia..(memang wajib dipersalahkan la...huhuhuhu)

sekadar renungan dan peringatn buat diri ku.. tak ada kena mengena dengan orang lain..kerana aku juga kadang kala mengjudge orang lain begitu (monolog dalaman..hehehehe)

~lalalalala~




Gmba kt ats ni khas utk bez fren aku..

Seorg suami bru kematian isteri y amt dikasihinya. Ktika suasana ksedihn di tah p'kuburan, sesudh imam bcekn taklin, si suami trus menyiram air mwar, bukan 1 cerek atau 1 jar spi kbiasaan org, malah trus 1 baldi.

Para hadirin mrasakn tindak tanduk itu m'bayngkn betapa kasihnya suami ini kpdisterinya. Rmai y b'cucurn airmata mliht senario romantik ini. X kurang juga rmai drpd klangn para hadirin y b'bisik di hati masing2 btapa b'nasib baik arwah dpt suami y b'gitu setia dgn kasih syg y sdemikian solid.

Namun bgi kenaln rpt, tindak tanduk si suami ini mula m'nimbulkn tanda tnye ble stp pgi, tghari & mlm si suami itu msih m'nyiram air di pusara arwh isterinya, bknnya secerek malah msih sebaldi serta ditaburkn baja. Kadang2 mrk m'dpti beliau m'bawa kanta sambil meninjau dgn penuh teliti seolah-olah m'buat kajian di ats tnh tersebut. Malah beberapa hari kemudian mrk tlh m'lihat beliau memasang sprinkler di ats tnh p'kuburn tersebut.

Ble masuk mggu amln aneh ini b'terusn, maka ada y m'buka mulut tnye & sekali gus ingin m'nasihati krn rsau takut2 si suami ini makin ilang akal sbb rindukn arwh istrinye...

Ble
ditnye, si suami jawab :
"Arwah isteri ku telah berpesan, jika beliau meninggal, janganlah kahwin lain sehingga rumput atas kuburnya tumbuh. Itulah sebabnya aku terpaksa siram sedemikian rupa untuk memastikan rumput agar cepat tumbuh!"
hahaha..kali post utk sje jerk..mngisi mse lapang.. :)

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...