Followers

Perkongsian bersama

Pengamal Al - Quran
~ mendapat tempias mukjizat Nabi Muhamad S.A.W
~Al- Quran menjadi teman karib tiga alam, iaitu dunia, kubur dan akhirat


Apa yang perlu dilakukan untuk dapat merasakan diri amat perlu kepada Al-Quran?


1. Kalau tidak pandai membaca Al-Quran sekalipun, pandanglah Al-Quran dan peganglah Al-Quran. Ciumlah Al-Quran dari hati sepuas-puasnya. Mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.


2. Letak Al-Quran di tempat yang mudah dicapai atau dilihat. Bukan di dalam almari yang berkunci. Kalau boleh, sediakan Al-Quran disemua tempat seperti di bilik tidur, ruang tamu, dalam kereta atau di mana2 saja tempat yang bersih supaya senang untuk kita baca. Barulah boleh mengaku Al-Quran sebagai sahabat.


3. Perlunya didikan awal daripada ibu bapa supaya anak2 kenal dan tahu membaca, memahami dan menghayati Al-Quran sejak dari kecil lagi. Para ibu sewajarnya memperdengarkan ayat2 suci Al-Quran kepada anak mereka sejak dalam kandungan lagi.


4. Jadikan amalan membaca Al-Quran setiap hari sebagai budaya hidup. Contohnya  membaca Al-Quran selepas solat Magrib.


5. Bagi mereka yang tahu membaca Al-Quran, bacalah 100 ayat sehari. Jika tidak dapat, jangan sampai tidak membaca Al-Quran langsung. bacalah setakat mana yang mampu walupun sepotong ayat.
 Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud "Sesiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran, akan mendapat satu kebaikan. Sedang satu kebaikan akan dilipatkan sepuluh semisalnya. Aku tidak berkata: Alif laam miin, satu huruf. Akan tetapi alif satu huruf, laam satu huruf dan miin satu huruf." (Riwayat al-Tarmizi 5/175)


Kelebihan orang yang mencintai Al-Quran



1. Tidak nyanyuk sampai tua.
2. Dihormati dan dicintai orang.
3. Mendapat pengawasan Malaikat.
4. Dipelihara Allah di dunia, kubur dan akhirat.
5. Wajah bercahaya dan mesra untuk di dekati.
6. Hidupnya diberkati dan tidak hina.
7. Walaupun hidup sederhana, sebenarnya murah rezeki dan diberkati Allah.
Wallahu a'lam




Sumber: Dari seorang sahabat yang perihatin


Ada waktunya, 
 sepi menjadi lebih indah 
 kerana di saat itu kita ada ruang 
untuk mengingati dan merindui........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...