Followers

Daisypath Anniversary tickers

Diet sesuka hati


Assalamualaikum...
Post kali ni nak cakap pasal diet..hehehehe..aku ada terbaca artikel ni..sekadar nak kongsi jerk la..
ehem...ehem...hehehehe...cari perhatian pulak...
Okaylah ea...kebanyakan perempuan mendefinisikan cantik tu macam ni...
Kurus... Langsing...
Go to fullsize image
 (Watak Cerita Winx)


Biasalah  kan...orang perempuan..nak cantik punya pasal sanggup buat apa sahaja... oleh yang demikian, ikut sesuka hati mereka jerk buat program diet sendiri...apalah dyeorang ni..Hisshh....bagi dyeorang, apa yang penting...berat badan turun..badan langsing...payah nihh....so...jom tengok baik buruk diet ikut suka hati ni.. :)
1. Diet Epal dan Detoks.
Go to fullsize imageMakan hanya epal manis (selalunya epal merah) selama 7 hari berturut-turut. Setiap kali makan dua hingga tiga biji dan dalam sehari menjadi sampai lima hingga enam biji. Selain epal, hanya minum air dan mengambil suplemen untuk detoksifikasi. Tujuannya untuk menjadikan tubuh lebih segar dan pencernaan lebih lancar. Seminggu boleh turun sehingga 2 kilogram (kg).
Fakta: Buah-buahan hanya mengandungi vitamin dan karbohidrat. Tidak ada protein dan lemak seperti yang diperlukan oleh tubuh badan untuk menjalankan fungsinya setiap hari.
Komen Pakar: Menurut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penurunan berat badan yang sihat adalah 1 hingga 1.5 kg/minggu dengan pengurangan makanan sebanyak 500 kalori/hari.
Dalam setiap penurunan berat badan, sebaik-baiknya kurangkan jumlah lemak di dalam badan. Pengambilan buah-buahan untuk menurunkan berat badan bukan hanya menyebabkan jumlah lemak di dalam tubuh menurun, tetapi juga kandungan protein otot dan jumlah cairan di dalam tubuh berkurang.
Kehilangan air yang terlalu banyak dapat membahayakan ginjal. Bila berat badan kembali naik, kemungkinan lemak semakin meningkat.
Sebenarnya tubuh kita mampu mendetoksifikasikan bahan-bahan beracun dan yang tidak diperlukan tubuh secara semulajadi. Proses detoksifikasi berlaku di hati. Jadi, pengambilan suplemen untuk detoksifikasi bukanlah satu keperluan.
2. Diet Elak Nasi. 
Go to fullsize imageLangsung tidak menyentuh nasi dan hanya sesekali makan roti atau mi, selebihnya makan sayur dan buah-buahan. Malah, makanan bergoreng, terus dielakkan.
Minuman seperti kopi dan gula juga tiada di dalam menu seharian. Makan selepas jam 7 malam? Tidak sesekali!
Fakta: Makanan seperti nasi, roti dan mi semuanya mengandungi karbohidrat. Nasi yang berasal daripada beras merah sebenarnya lebih menyihatkan kerana ia bukan sahaja mengandungi karbohidrat tetapi juga kaya dengan protein dan serat.
Komen Pakar: Beras merah, kentang (dengan kulitnya), roti dari biji-bijian dan bijirin amat disarankan sebagai pengganti sumber karbohidrat.
Karbohidrat yang mengandungi banyak serat dapat digunakan untuk mengendalikan kadar gula rendah, kadar lemak darah, dan juga berat badan. Jangan terus 'bermusuh' dengan nasi.
Cara terbaik, kurangkan saja kuantitinya.
Ikut pola pemakanan sihat mengikut piramid makanan Asia bermula seperti hasil beras, tepung dan bijiran, diikuti dengan sayur dan buah-buahan.
Seterusnya protein haiwan dan tumbuhan seperti susu rendah lemak, daging tanpa lemak dan kekacang dan akhir sekali makanan yang paling sedikit diambil seperti lemak atau minyak dan gula.
3. Makan Tiga Sudu.
Berat badan mudah naik bagi sesetengah orang, jadi diet seperti ini sering diamalkan. Sayur-sayuran menjadi sahabat baik. Lauk kegemaraan seperti ikan atau dada ayam tanpa kulit dipilih. Biasanya, makan secara perlahan-lahan agar mudah rasa kenyang. Juga banyak minum air putih.
Fakta: Makan dengan perlahan memberi peluang kepada otak untuk mengirimkan signal sudah kenyang. Cara begini membantu menggelakkan anda daripada makan berlebihan.
Komen Pakar: Pola pemakanan yang sihat, lengkap dengan air, karbohidrat, protein, lemak dan serat. Namun, masih kurang pengambilan protein tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan sehingga kekurangan keperluan vitamin dan mineral.
Cuba variasikan sumber protein dengan menambah pengambilan makanan seperti kekacang. Nutrien makanan harus seimbang kerana tubuh amat memerlukannya.
Perhatikan juga cara memasak. Kurangkan menggoreng makanan.
Makan tiga sudu sudah cukup kerana pengambilan sayur-sayuran sudah cukup banyak. Tambahan, sayur dan buah juga mengandungi karbohidrat yang tinggi serat.
Sumber:I Luv Islam


Sekian sahaja buat kali ini..kepada mereka yang nak diet..tak kisah la lelaki ke perempuan....(lelaki pon ada jugak yang nak kena diet..hehehe...) amalkan program diet yang betul... tak guna kalau langsing tapi tak sihat...
Selamat beramal..:)

Kurma - Kismis - Madu

Assalamualaikum....
Post kali ni sekadar berkongsi apa yang ada sahaja..hehehehe...aku dapat artikel ni dari kakak aku...


Sabda Rasulullah  s.a.w 
"Berilah makan buah  kurma  kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya  wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal  dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,  bersopan santun  serta cerdas pemikirannya." 



Kebaikan  Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin adalah amat baik sekali jika  puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini  akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit  bayi. 

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa  melahirkan  nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula  yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah  s.a.w.  Puan2 sekalian  janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan  jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana  ianya mengandungi banyak khasiat. 

1)  KURMA 



Nabi Muhammad SAW bersabda: 

"Rumah yang tidak  ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat". 



View Image"Berilah  makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan,  sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih  hatinya)". 



Abu Abdillah a.s. bersabda: 

"Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan  pengaruh sihir". 



Abu Abdillah a.s. bersabda: 

"Orang  yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari  itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak  diganggu setan". 



Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s.   bersabda: 

"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka  cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati". 



2) KISMIS 


Nabi Muhammad SAW bersabda: 

"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari  sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa  penyakit kecuali kematian". 


"Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat  menghilangkan kepahitan,  menghilangkan  lendir, menyehatkan badan, mencantikkan rupa, menguatkan  saraf dan menghilangkan letih". 


Imam Ali  a.s. bersabda: 

"Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia  tidak akan  melihat pada jasadnya suatu yang tidak  disenangi". 



"Kismis  dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit,  menghilangkan  panas dan memulihkan kesehatan jiwa". 



Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan 

menyehatkan  jiwa". 



3) MADU 



Nabi Muhammad  SAW bersabda: 

Go to fullsize image"Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat  melakukan nasehat Al-Qur'an, 
maka Allah SWT akan menyembuhkannya  dari 77 penyakit". 

"Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia  meminum madu". 


"Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat  menumpukan hati dan menghilangkan kedinginan yang ada di dalam  dada". 



"Allah SWT telah  meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai  ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70  Nabi". 



Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: 

"Madu  adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya,  ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati". 



Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: 

"Rasul saw  sangat menyenangi madu". 



Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau  bersabda: 

"Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu  meminum madu dan membaca Al-Quran". 




Sekian :)
Selamat mengamalkannya..

Siapa aku..??

Personaliti seseorang juga dapat dibaca melalui kumpulan darah.. So, jom belajar kenali personaliti anda dan pasangan anda…tapi sebelum tu,kenalah tahu kumpulan darah anda atau pasangan…bagi rakan2 yg mempunyai kumpulan darah yg tidak disenaraikan dibawah…sorry…..

Gologan darah A
1. Orang yang bergolongan darah A ini biasanya berkepala dingin, serius, sabar dan tenang.
2. Orang yang bergolongan darah A ini mempunyai karakter yang tegas, dipercayai namun  
keras kepala.
3. Sebelum melakukan sesuatu perkara,mereka memikirkannya terlebih dahulu serta merancangnya secara matang. Mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten.
4. Mereka berusaha membuat diri mereka sewajar dan seideal yang mungkin.
5. Mereka selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai
6. Mereka cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka 
kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri  seperti gugup dan sebagainya.
7. Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Oleh itu, mereka lebih suka berada di sekitar orang-orang yang ’sekepala’.

Gologan darah B
1. Orang yang bergolongan darah B ini cenderung penasaran dan tertarik terhadap segalanya.
2. Mereka juga biasanya mempunyai terlalu banyak kegemaran dan hobi. Kalau sedang suka 
dengan sesuatu biasanya minat mereka menggebu-gebu namun cepat juga bosan.
3. Tapi biasanya mereka dapat memilih mana yang lebih penting dan utama dari sekian 
banyak hal yang dikerjakannya.
4. Mereka cenderung ingin menjadi nombor satu dalam pelbagai bidang daripada hanya
 dianggap rata-rata. Tetapi mereka juga cenderung melalaikan sesuatu jika terfokus dengan kesibukan yang lain.
5. Dari segi luaran, mereka kelihatan cemerlang, riang, dan bersemangat. Namun sebenarnya hal itu semua sama sekali berbeza dengan apa yang ada di dalam diri mereka.
6. Mereka boleh dikatakan sebagai orang yang tidak suka bergaul dengan banyak orang.

Gologan darah O
1. Orang yang bergolongan darah O,biasanya berperanan memberi semangat dalam suatu kumpulan. Mereka sering bertindak mewujudkan keharmonian di antara anggota kumpulannya.
2. Sikap mereka kelihatan seperti orang yang menerima dan melaksanakan sesuatu dengan tenang. Mereka pandai menutupi sesuatu sehingga mereka kelihatan selalu riang, damai  dan tidak punya masalah sama sekali. Tapi kalau tidak tahan, mereka pasti akan mencari 
tempat atau orang untuk mengadu.
3. Mereka biasanya pemurah (baik hati), senang berbuat kebajikan. Mereka dermawan dan 
tidak segan-segan mengeluarkan wang untuk orang lain.
4. Mereka biasanya dikasihi dan disenangi oleh semua orang. Tapi mereka sebenarnya keras kepala juga, dan secara rahsia mempunyai pendapatnya sendiri dalam pelbagai hal
5. Namun, mereka sangat fleksibel dan sangat mudah menerima hal-hal yang baru.
6. Mereka mudah di pengaruhi oleh orang lain dan dengan apa yang mereka lihat dari kaca 
TV.
7. Mereka seperti seseorang yang berkepala dingin dan dipercayai tapi mereka sering  tergelincir dan membuat kesalahan yang besar kerana kurang berhati-hati. Tapi hal itu  yang menyebabkan orang yang bergolongan darah O ini dicintai.

Gologan darah AB
1. Orang yang bergolongan darah AB ini mempunyai perasaan yang sensitif dan lembut.
2. Mereka penuh keprihatinan akan perasaan orang lain dan selalu mengambil berat dan 
berhati-hati
3. Namun mereka keras dengan diri mereka sendiri dan juga dengan orang-orang yang dekat dengannya.
4. Mereka seolah mempunyai dua keperibadian.
5. Mereka sering menjadi orang yang sentimental dan memikirkan sesuatu terlalu dalam.
6. Mereka mempunyai banyak teman, tapi mereka memerlukan waktu untuk bersendirian
 bagi memikirkan persoalan dan masalah mereka sendiri.



Sekadar berkongsi, betul atau tak...nilai la sendiri ea..:)

14/12/2010




Assalamualaikum...

Alhamdulillah, aku bersyukur dengan result aku kali ni..walaupun tak mencapai target yangg aku nak..tapi ada la sedikit peningkatan.. Aku bersyukur gak..abah kesihatan abah semakin membaik....rasa hati aku ni da semakin tenang... tinggal kejohanan taming sari 3 jerk lagi yang perlu aku risaukan...tapi aku akan cuba usahakan buat yang terbaik... alang2 da join tu, apa lah salah nya kalau aku buat yang sehabis baik dan semampu aku kan..?hehehe...

pagi tadi nak joging.. tapi x, kami berjalan jerk..hehehehhe...kami 4 orang jerk yang turun... yang lain, ada yang da balik rumah..ada yang masih dibuai mimpi..heheheh... mula2 kitaorang p kira berapa banyak kanopi yang boleh diletakkan kat tepi DECTAR tu...

pastu start perjalanan kami mengelilingi UKM..hahahaha...singgah sebentar di Taman Paku-pakis... singgah menikmati kehijauan alam..hehehe...singgah bergambar sbenarnya...tahu2 jerk la, budak2 silat ni memang pantang ada kamera n tempat2 yang cantik....bergambar jerk kerjanya..biasalah tu kan...bila lagi nak simpan kenangan kan..hik3...

(Taman Paku-pakis UKM)

abes jerk perjalanan di pagi hari.. kami pown p la sarapan kat tasik kejut tuhh...menikmati  "keindahan" tasik...wakakaka...tak ada apa yang menarik pown kat tasik tu..saja jerk jalan2 sarapan kat sana..heheheh...abes makan, borak2..(dak2 ni  jerk la yang banyak borak, aku duk dengar jerk)..kitaorang pown balik...

balik2 jerk aku terus p office  kolej aku..tanya leh check in  awal tak...orang yang kat situ  pown jawab..dye kata paling awal pown 18hb..huhuhu..dengan sedih nyerr aku meminta belas ehsan..huk2..(tak de maknanyerr..) aku pown explain punya explain dapatlah kunci bilik asal aku tuhh.tapi kena bayar la...apa lagi...biasalah..karenah birokrasi la katakan... memandangkan aku nyer perkampungan tamat 15hb n boleh check in kolej pada 18hb..aku pown di cas RM5..kiranya aku masuk awal 2 hari..1 hari kena RM2.50...dengan redha nyerr, aku pown bayar jerk la..

saja jerk aku cite menda2 ni...suka2 jerk nak share..hehehehe....
Sekian :)

Risau

Assalamualaikum....

Rasa tak sabar lak nak tengok result... tapi dalam tak sabar aku ni...risau gak sebenarnya...ntah macam mana la result aku ni hah nanti..jangan turun lagi sudahlah...Semalam baru aku jelaskan hutang penginapan aku..huhuhu.. Bukannya apa, aku tak boleh check result kalau hutang tu tak dijelaskan...so, nak tak nak kenalah aku bayar..Kalau dah nama pun hutang..wajiblah bayarkan..hehehehe...

Risau gak aku dengan Taming Sari 3 ni... payah nyer la nak persiapkan diri nihh...banyak lagi kelompangan yang belum di isi...huhuhu...pengurusannya pun agak lambat gak....(termasuklah aku ni..heheheh) banyak lagi yang perlu di buat...risau tak terkata aku dibuatnya...

Banyak nye menda yang aku risaukan... macam mana ntah keadaan kat rumah ni..hope abah makin sihat..setiap kali aku call, abah cakap dye ok...tapi tak tahu lah... betul ke dye dah ok.. aku paham sangat dengan perangai abah tu... dye tak kan bagi tahu aku pun kalau dye tak ok...abah tak nak aku risau pasal dye.. tapi... aku tetap risaukan dye....moga kesihatan abah semakin membaik...ameen....
(aku & abah tersayang)
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...