Followers

Daisypath Anniversary tickers

Sindrom ikan duyung

Subhanallah…Maha Suci Allah.. kita hanyala insane kerdil… kita selalu merungut itu..ini…dan selalu jek ada alasan untuk bermalas..tak bersyukur langsung dengan nikmat Allah bagi… selalu jek kit abising..kasut ni da koyak la (pada hal sikit jek pon).. kasut ni kasut lama la….macam2 lagi la… kita tak sedar ada insane yang hanya mampu memandang sebab kekurangan yang dimiliki..  cuba tengok gambar kat bawah ni..




Lebih kurang bayi duyung la… Allah Maha Berkuasa…
Nama bayi ni Milagros Cerron yang bermaksud ‘keajaiban’. Dilahirkan pada 27 April 2005 di Huancayo, Peru. Bayi ni dilahirkan dengan degpan jantung yang sihat Cuma hadapi sikit masalah.. Dia terpaksa berkongsi usus besar dan kecil serta buah pinggangnya gagal berfungsi seperti biasa sebab keadaan bawah pinggangnya. Then, satu pembedahan telah dirancang atas pembiayaan pihak Kerajaan Lima (saya tak tahu pon Kerajaan Lima ni ape..heheheh)


  
             
kat atas ni keadaan Milagros sebelum pembedahan dijalankan.

 

Kita kena bersyukur..walaupun kita ada kekurangan tapi..ketahuilah..sekurang – kuranggnya kita tak perlu menderita sebegini.. Allahu Akbar…


Pembedahan ini diketuai oleh pakar bedah Dr. Luis Rubio. Milagros masa tu berusia 1 tahun.  Lepas pembedahan pertama berjaya, inilah hasilnya. Kumpulan pakar Berjaya memisahkan kakinya yang menyerupai duyung dan memulihkan lutut, betis dan buku lali dengan membuat beberapa pembedahan lagi.


Milagros mula menapak pada usia 2 tahun dan masih memerlukan beberapa pembedahan untuk pulihkan kedudukan kemaluan, usus dan buah pinggangnya.


tengok kegembiraan anak ini, tak siapa pun sangka disebalik senyumannya, dia terpaksa melalui pelbagai kesakitan yang tak dapat kita bayangkan.


Sekarang Milagros dan berusia 6 tahun. Sesuai lah jika dikatakan sebagai puteri ikan duyung dengan rupa parasnya yang cantik. Walaupun Milagos kelihatan sihat, tapi dia masih perlukan pemantauan dan pemeriksaan yang rapi untuk pastikan organ2 dalamnnya berfungsi secara normal. Difahamkan kecacatan ini berlaku 1 kali dalam setiap 70 000 kelahiran.

Ya Allah, jauhkan lah kami dari ujianMu yang seperti ini….

Sumber: www.onetasha.com

Ada waktunya,
sepi menjadi lebih indah
kerana di saat itu kita ada
ruang untuk mengingati dan merindui........

Di sebalik PMUKM


Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami sudah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."  (Surah al-Ahzab, ayat 72)

bukan mudaah untuk menjadi pemimpin... saya begitu kagum dengan pengorbanan dan kesanggupan barisan kepimpinan PMUKM memikul tanggungjawab tersebut.. mungkin kita tak perasan, apa pengorbanan yang mereka lakukan.. tapi kita sering menuding jari menyalahkan mereka jika ada kesilapan dan kelompangan.. 


di mana kita ketika cuti semester?? di rumah? sedang bercuti? bersenang lenang?
di mana pula pemimpinan PMUKM  kita berada? adakah mereka juga bersenang lenang? atau berada di UKM menyiapkan segala urusan dan aduan anda..? saya ada seorang sahabat yang terpaksa melepaskan aktiviti bersama-sama rakan demi menjalankan tugas sebagai pemimpin... datang kelas lewat kerana meting  dengan pihak tertentu.. tidak dapat sertai group discision..kerana melambak surat dan urusan yang perlu dibuatnya..
itu baru kisah seorang pemimpinan PMUKM...bagaimana pula dengan pemimpin yang lain..? 

saya kesal dengan sikap sesetengah pelajar yang memburuk-buruk kan pemimpin.. tak kisah sama ada GM atau Aspirasi... mereka insan terpilih.. yang sanggup memikul tanggungjawab...usah tambah beban yang mereka pikul.. letakkan kepercayaan anda terhadap mereka...hormati mereka selagi tidak bercanggah dengan Islam.. jika ada kelompangan, sama2 lah kita membetulkannya.. bukan saling menyalahkan... 

tidak salah kalau nak menegur pemimpin...tapi biarlah lah dengan cara yang betul..bukan dengan cara menghina dan mengata..Islam itu indah...apalah salahnya kita menggunakan budi bicara kita untuk berbincang..? tak ada ruginya, bahkan lebih molek dan dapat mengindari diri kita dari terjebak dengan rancangan syaitan yang ingin memecah belahkan manusia.. fikir2 lah rakan2 sekalian...

tidak perlu menunggu pemimpin kita di luar sana mengubah cara mereka mentadbir... kita mulakan dengan diri kita sendiri... usah saling menghina dan mengata... kerana anda semua adalah mahasiswa yang berpelajaran tinggi.. boleh nilai mana baik dan buruk.. memimpin bukan atas tiket kepentingan diri tapi kepentingan ummah dan pelajar...  


Ada waktunya, 
sepi menjadi lebih indah 
kerana di saat itu kita ada ruang
untuk mengingati dan merindui........

kekasih saya selamnya =)

saya sangat dan rindu sangat pada kekasih saya..awak tahu kenapa...? hehehe..

kekasih saya selalu ada bersama saya..Dia tak pernah tinggalkan saya.. Dia selalu ada pada saat saya perlukan Dia... di saat saya keseorangan...Dia ada di sisi saya... di saat saya kesedihan dan kecewa...Dia ada untuk beri saya ketenangan.. bila saya gembira..Dia ada bersama untuk saya rasa bersyukur...

awak tahu..?? Dia tak mahu terlalu manjakan saya... Dia tak bagi apa sahaja yang saya minta sewenang-wenangnya.. Dia hanya bagi apa yang saya perlukan.. Dia hanya bagi apa yang saya mahu jika saya beruasaha kearna Dia mahu saya kenal erti tidak putus asa dengan rahmatNya. Dia tak pernah berkira dengan saya.. Dia bagi saya hirup udara yang ada, tanpa ada bil yang sampai pada saya setiap bulan..Dia bagi saya mendiami bumi ini, tanpa saya perlu bayar sewanya.. sungguh Maha Pemurah...kalau saya buat salah..Dia selalu maafkan saya...Sungguh Dia Maha Pengampun...


kalau saya dalam kesusahan... saya selalu mengadu pada Dia.. Dia kata setiap kali Dia datangkan kesusahan, pasti Dia akan datangkn kemudahan selepas itu... Sweetnya kekasih saya...  Dia selalu menguji cinta saya padaNya..Dia datangkan ujian dan cubaan agar saya selalu ingat Dia... Dia selalu bagi surprise pada saya.. saya ingat Dia kedekut bila Dia ambil semua 'barang' yang Dia bagi pada saya..rupa-rupanya saya silap.. Dia sayang sangat pada saya.. Dia gantikan 'barang' itu dengan 'barang' lain yang lebih baik..

kerana Dia..saya banyak berubah.. saya berubah untuk mendapatkan cintaNya...saya berubah kerana Allah... saya bukan seorang yang layak untuk mendapat cintaNya..tapi saya berusaha untuk itu... insya Allah, dalam saya berubah keranaNya..dalam mencari cintaNya..saya punya kekuatan untuk kekal berubah.. jika berubah kerana insan biasa, saya pasti perubahan itu akan hilang setelah insan itu pergi meninggalkan kita... tapi jika kita berubah keran Allah..Insya Allah..kita kan berbahagia..kerana Allah tidak kan pernah meninggalkan hamba-hambaNya...


Ada waktunya,
sepi menjadi lebih indah 
kerana di saat itu kita ada ruang 
untuk mengingati dan merindui........

Sedarlah diri tu...

Tujuh golongan akan dilindungi Allah di bawah bayangannya di
akhirat kelak:

  1. Pemerintah yang adil
  1. Pemuda yang hidup dengan beribadah kepada Allah

  2. Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan majid-masjid

  3. Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah

  1. Lelaki yang digoda oleh perempuan yang mempunyai kedudukan dan mempunyai rupa paras yang jelita (untuk melakukan zina) lantas ia berkata, "Aku takut kepada Allah."

  2. Lelaki yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu dia menyembunyikan perbuatannya itu hinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya (dalam setengah riwayat: hinggakan tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya)
  3. Lelaki yang mengingati Allah secara berseorangan hinggakan menitis air matanya.

Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati dan merindui........

Tahu tak...?

  1. Jangan tertarik kepada seseorang sebab parasnya.  keelokan
    paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana
    kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu
    tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap
    menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.
  1. Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan pergilah ke
    tempat-tempat kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan
    hal-hal yang ingin kamu lakukan.
  1.  Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
    Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup
    sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.
  1.  Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di
    beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu
    meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.
  1. Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai
    kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa
    yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.
  1. Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal
    itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula.
  1. Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi
    dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita
    inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.
  1. Orang-orang yang paling berbahagia pun tidak selalu memiliki
    hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap
    hal yang hadir dalam hidupnya.
  1. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
  1. Hanya diperlukan waktu seminit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

  1.  Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencuba. Kerana mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir
    dalam hidup mereka.
  1. Cinta datang kepada mereka yang masih berharap, walaupun pernah
    dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya walaupun pernah
    dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai walaupun pernah disakiti
    hatinya.
  1. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu,
    tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah
    memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.

  1. Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba,  jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup, jangan pernah  mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat  melupakannya.
  1. Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu.
  1.  Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu  dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian,
    janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang
    mengatakannya dengan sepenuh hati.
  1. Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu
    tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu
    tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
ingatlah,kita yang harus mengawal hawa nafsu bukannya nafsu yang mengawal diri kita. INGAT!!!KEANGKUHAN HAWA NAFSU TIADA TOLOK BANDINGNYA.


Ada waktunya, 
sepi menjadi lebih indah
 kerana di saat itu kita ada ruang 
untuk mengingati dan merindui........

Ujian Allah



ALLAH ta'ala yang beri kita rezeki, dan hanya   

Dia yang berkuasa mengambilnya kembali.


Dan Dia berhak atas segalanya.Semuanya milik  
Allah.Tanpa uang, tanpa harta.Andai  
ditakdirkan kita mati hari ini, kita kembali  
kepada-Nya dengan tangan yang kosong.

Allah berfirman;

[Al-Anfal: 28]"Dan ketahuilah bahwa harta dan 
anak itu sebagai ujian bahwa sesungguhnya  
Allah di sisi-Nya itu adalah imbalan yang 
 besar."

[Al-Baqarah 2:155]"Sesungguhnya Kami akan  menguji kamu dengan sedikit perasaan takut  
(kepada musuh) dan (dengan merasai)  kelaparan, dan (dengan berlakunya) 
kekurangan dari harta benda dan jiwa serta 
hasil tanaman. Dan sampaikanlah berita 
gembira kepada orang-orang yang sabar."

Bila diuji, bersabarlah wahai hati.

Musibah dan ujian adalah tarbiyah dari Allah untuk mereka yang melek hati dan  
akalnya.Musibah datang dalam berbagai cara.

Apakah kita menerima
 ujian dari-Nya dengan hati yang terbuka, 
berlapang dada dan kembali muhasabah diri, 
memperbaiki kelemahan diri 
dan meningkatkan lagi amal kebaikan  seharian..

Bila diuji, 
bagaimana penerimaan kita terhadap musibah tersebut?
 Mungkin juga 
ujian itu merupakan salah satu peringatan kepada kita, 
supaya kembali dekat kepada-Nya, 
agar perbanyakkan amalan ke-Nya, 
menadah tangan bermohon doa kepada Dia. 
Jarang sekali kita bersyukur dengan ujian yang diberikan.

Moga kita dijauhi dari api neraka dan dimasukkan ke surga.

 

Sekali-sekala Dia 'mengejutkan' kita dari lena yang panjang.
Sebab Dia mencintai kita.


Ada waktunya,
sepi menjadi lebih indah 
kerana di saat itu kita ada ruang
untuk mengingati dan merindui........

Takdir Allah =)

assalamualaikum...makk oiii..malas nya nak update blog ni..banyak sangat cerita nak story mori  ni..huhuhu... terasa sunyi lak bila Taming Sari (ts) da habis..mana tak nya..masa nak game, pagi, petang, malam ada trening..bila tak ada ni, rasa bosan pulak...


ts kali ni buat aku sedar sesuatu...aku dapat apa yang aku tak pernah dapat masa ts yang sebelum ni... friendship...aku rindu sangat kat keluarga TS IV...aku rasa sangat rapat dan dekat dengan dyeorang even aku baru jek kenal...alhamdulillah...walaupun aku kehilangan sesuatu..tapi Allah ganti kan dengan yang ramai...

tetiba tangan aku ni berhenti menaip pulak...tak dapat nak taip perasaan aku sekarang ni...betapa kau bersyukurnya dengan nikmat Allah...ada baik nya perpisahan yang berlaku...baik untuk aku dan juga baik untuk dia... ts kali ni dia memang tak ada untuk menyokong aku..tapi Allah ganti dengan kawan2 n keluarga ts yang lain...malah lebih ramai...dan aku gembira bersama mereka....banyak komen yang aku terima tentang hal aku tu...tak perlu la aku ceritakan kat sini... (barang yang lepas usah d kenang)...biar ia kekal dalam kenangan..hidup mesti d teruskan,...hehheh.... melalut plak cerita aku ni...

dah la...sekian sahaja...hehehhe... tak ada motipp langsung entry kali ni...ngee~

Ada waktunya, 
sepi menjadi lebih indah 
kerana di saat itu kita ada ruang 
untuk mengingati dan merindui........
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...