Followers

Daisypath Anniversary tickers

siapa sanggup dipertanggungjawabkan..?

tertarik dengan artikel daripada seorang kenalan ni.. ianya membuatkan aku terfikir sejenak... moga aku tak mengambil hak yang bukan milik aku.. renungan bersama...

" Alhamdulillah ustaz, usulan saya kepada Tan Sri Khalid diterima dan kini kami seluruh pegawai syarikat perlu membayar duit ansuran kereta masing-masing kerana pihak syarikat tidak lagi menanggung pembayaran tersebut dan geran kereta ditukar atas nama masing-masing ", ujar seorang abang kepadaku.

" Maksud abang sekarang kereta tu atas nama abanglah ye?", sambung aku.

" Ya ustaz kereta itu bukan atas nama syarikat lagi, kini di bawah nama persendirian cuma syarikat hanya memberi elaun transport serta klaim sahaja ", abang itu menjawab.

Aku bertanya lagi, " Tapi kenapa abang buat macam tu, bukan ke semua orang suka syarikat tanggung?".

" Bukan apa ustaz, suatu hari semasa memandu kereta syarikat tiba-tiba anak saya telefon memesan slurpee di Seven Eleven. Lepas saya singgah dan membeli baru saya teringat, ' Ya Allah ini kereta syarikat, tapi aku sudah menggunakan untuk tujuan peribadi '.

Terfikir saya ustaz kisah Saidina Umar tentang lampu yang dipadamkan waktu anaknya berjumpa dengannya untuk berbincang tentang masalah keluarga. Kan lampu itu hak rakyat maka dia memadamkan agar tidak disoal Allah tentang salah guna amanah.

Saya renung sejenak, bagaimana nanti diakhirat Allah menyoal saya tentang menggunakan kereta syarikat untuk urusan peribadi, padahal itu bukan hak saya.

Dari situlah saya berani mengusulkan cadangan tersebut walaupun seluruh ahli majlis tertinggi tidak setuju dengan cadangan saya. 

Kini alhamdulillah, kereta itu saya yang tanggung dan ia milik saya bolehlah saya gunakan untuk urusan kerja mahupun urusan peribadi ", cerita abang itu.

Alhamdulillah seronok aku mendengar cerita abang itu, wujud di dalam hatinya cintakan agama dan takutkan Allah, Subbhanallah. Tapi bagaimana mereka yang membaca surat khabar, bermain facebook menggunakan pc syarikat? Allahua'lam.




“Allah memberi kasih sayang seratus bahagian, sembilan puluh sembilan bahagian ditahan untuk sementara dan satu bahagian diturunkan ke bumi. Dari satu bahagian itulah seluruh makhluk hidup berkasih sayang, hinggakan kamu dapat melihat binatang mengangkat kakinya kerana khuatir terpijak anaknya.”

::Rahmat Allah mendahului kemurkaanNya::

tak banyak, sikit pon ok

tak ada idea sebenarnya nk update sebenarnya ni..hehehe.. ok la cerita tentang tangisan.. ada orang akan menangis bila tengok movie.. ada gak yang menangis baca novel... hehehe.. ada orang kawan ni.. lelaki.. menangis tengok cerita thailand..hahhaha... biasa la kan.. hatinya sensitif...

kali ni nak cerita tentang tangisan aku.. hehehe.. bukan orang lain.. aku pernah menangis baca satu buku ni.. wahhh.. pengakuan berani hidup ni..hik... air mata aku mengalir tetiba jek.. tajuk buku tu BILA ALLAH MENDUGA KITA.. tak tahu nak cakap macam mana... betapa aku tak bersyukurnya dengan nikmat yang Allah berikan pada aku..


lepas aku baca buku tu.. pandangan hidup sedikit sebanyak telah berubah.. cam skema lak ayat ni..hehehe...seriusly... aku cadangkan kawan2 baca lah buku.. comfirm..!! kalau tak banyak, sikit pon jadilah perubahan yang akan korang rasa dalam diri korang.. Insya Allah..

Mencari kemanisan dalam kehidupan.
Mehnah mendatang terasa terbeban.
Bawa hatimu kepada Tuhan.
Di sana menanti syurga idaman.

kenangan yang tak ternilai

Assalamualaikum... 
pejam celik pejam celik.. dah nak abes belajar dah rupanya... berat pulak hati ni memikirkan terlalu bnyak kenangan bersama 3 keluarga besar di UKM.. tak tergambar oleh kata2 betapa sayang aku terhadap mereka... hanya Allah sahaja yang mengetahui..

mohon maaf jika ada silap dan salah sepanjang perkenalan kita semua... memang di akui aku suka cakap lepas jek..hehe.. tapi aku tak pernah memaksudkan kata2 tersebut... sekadar gurauan sahaja.... gurau kasar la katakan..hehheh... 
mohon halal kan segala yang aku amik atau gunakan atau makankan..heheheh.. manalah tahu umur tak panjang... moga perkenalan kita membawa manfaat dan kebaikan di dunia dan akhirat..

special wish kepada Izzat, Ezuan, Habibah, Soleh dan Hafis yang sentiasa berada di sisi ketika susah dan senang.. terutamanya H.A.I... T xtermasuk ea..hik3.. tak lupa gak pada wana... sungguh bertuah diri ini punyai sahabat seperti kalian.. alhamdulillah....kalau aku tak kenal korang, tak tahu la apa nak jadi dengan aku sekarang ni.. 


terima kasih juga kepada Nurhaniza dan Nadrah yang selama ni jadi partner regu.. minta maaf jika ada terkasar bicara tersalah kata yang menguris hati... harap di maafkan.. terima kasih sebab bagi support bila kita trening... terutama bila ada gerakan yang aku tak mampu buat.. thnx a lot.. 


kepada keluarga Gayong... aku bakal merindui kenangan2 ni =)

tak lupa gak keluaga ANSOS.. selama 3 tahun kita berkenalan.. mohon maaf jika ada silap dan salah.. really have sweet tym with u all.. hidup ANSOS..!!! Love culture for future..!!

kepada keluarga pencak... terlalu banyak kenangan manis yang tak muat kalau nak d ceritakan kat sini... sayang korang semua.. 

air mata ini mengalir mengenang kembali kenangan2 lalu... moga ukhuwah yang terjalin berkekalan sampai bila2.. hanya Allah yang mengetahui rasa kerinduan di hati ini tatkala melihat semula gambar2 kenangan bersama =)

Mencari kemanisan dalam kehidupan.
Mehnah mendatang terasa terbeban.
Bawa hatimu kepada Tuhan.
Di sana menanti syurga idaman.

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...