Followers

Daisypath Anniversary tickers

Tips dari Child Psychiatrist - Pakar mental kanak-kanak

ok, kali aku nak share tips yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk ngajo anak2 dyeorang.. aku baca ni dari dari link yang kawan aku share pada aku.. so aku olah sikit dan yang lain tu ayat empunya blog yang aku share ni k...

10 TIPS semuanya... selamat beramal....

1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin.

Seelok-eloknya, biar anak2 tu sentuh benda2 ni guna kaki dan tangan mereka. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.



sumber dari google (tak tahu la anak sape)

2. Don't expose to too much things in a box.

"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau


Bila dah selalu terdedah dengan computer light and touch screen, ia akan menyebabkan takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik. 

Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan? Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! haiiihhhh.....

So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?

Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"

ada sesetengah parents bagi anak dia tenagok Boboiboy, Upin & Ipin dan seumpanya kat ipad. So ini jawapan Dr.Sherine,

"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."

"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."

"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:

Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.  menyebabkan pandangan anak tu tak luas, jadi otak dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif. Sebab tu la parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby.

 How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes. Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers. Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah. Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu. Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.Pastu flash huruf B kat bawah pulak. Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan. Dan sebagainya.  Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement. So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu, saraf mata dirangsang dengan baik.  Dengan itu, brain development pon berlaku dengan baik.

3) Stimulate their imitation skills.


Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita tepuk tangan, dia pon ikut tepuk tangan gak. Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang. Lack of imitation skills. So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc. Because language and speech is also an imitation skill, attitude pon imitation skill, cara berfikir pon imitation skill, dan semua-semua tu pon related to brain development.


So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni: Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru. Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru. Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut. Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi. Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat. Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus. Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki. Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).

4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.


Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik. Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc. Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia. Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak. Macam tak elok sangat la kan.


5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.


Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak, better cakap, "Elephant!" bukan
"That is elephant!" atau  "Wow u see that big elephant?"

Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak. Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird." Avoid guna perkataan "The This That And With etc". Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird." Ajar word by word. Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.

Bila nak bagi arahan pun sama. Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence. Contoh,
"Eat."  bukan "Come and eat." atau "U must eat."

"Sit." bukan  "Come and sit beside Mama" atau, "Sit and keep quiet."

Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc. Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.

6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.


Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers. Contoh budak yang selalu sakit. Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc. So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia. So macam fobia camtu la kan.

Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest, bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut, Suruh orang tu high five dengan anak kita tu. Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan? So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus, suruh high-5 dulu. Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style.. hehehhe

Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful. Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds. Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat, dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya. So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.

7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.


Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah. Hoih mahu kau tak hangin kan??  So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal, better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.

Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita. Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak,  make sure mata kita dengan dia satu level. Melutut depan anak. Jangan cakap atau marah sambil berdiri, anak jadi bertambah takut. Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.

Kalau anak kau baring, kau pon kena baring. Punya gigih nak mata satu level tadi kan.

8) Overly-attached to one person is not a good sign.


Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat. So itu petanda tak bagus. Something wrong with his self-esteem. So kena biasakan dia rapat dengan semua orang. Especially family members.

9) Bila bermain, follow his interest. 


Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal. Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball. Ikut kehendak anak pada ketika itu. Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara. Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan.  Haruslah dimarahin dong.

10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.


Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita, kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane, jangan biarkan soalan tu tak berjawab. Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.

Contoh macam kalau kita tanya, "Kenapa Amir menangis?"

Tapi Amir tu diam je, mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana. So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam

"Amir jatuh?"
"Amir sakit perut?"
"Amir nak ikut papa pergi kerja?"
"Amir bosan?"

Itu contoh. Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai. At least soalan dah terjawab.  Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.

Setakat ni jek dulu, so lain kali kalau ada tips lain, aku akan kongsikan lagi..

Sumber: http://saatakukaupilih.blogspot.com

::Pencari Redha Allah::

Banjir adalah satu ujian

Salam takziah buat mangsa-mangsa banjir.. moga mereka tabah dalam menghadapi ujian Allah ini.. Bencana alam yang Allah turunkan itu sememangnya merupakan ujian Allah... untuk memperlihatkan kesabaran dan ketabahan hamba-hambaNya.. tapi aku melihat keadaan banjir ini dari satu sudut yang lain...


mari kita lihat satu situasi.... di mana hujan lebat dan air sungai mula menaiki kawasan rumah.. masing2 sibuk menyelamatkan diri dan harta benda masing tanpa menghiraukan jiran-jiran sebelah yang menghadapi masalah yang sama.. nak angkat tv, sofa, almari dan barang2 lain...  nak tolong jiran sebelah yang mungkin seorang wanita atau lelaki tua yang duduk bersendirian di rumah pon mungkin tak mampu... aku terfikir sejenak....

hhhhmmmm............

Allahu Akhbar.. ini baru ujian di dunia.. macam mana pulak bila kita di padang masyar kelak..??? masing2 sibuk dengan urusan sendiri... tidak ada masa untuk memikirkan keluarga dan kawan2...

::Pencari Redha Allah::

berhabuk......



Allah... lamanya tak berbloging...banyak menda nak cerita sebenarnya.. tapi jari jemari ni malas nak menaip.. almaklumlah, kekangan masa kononnya.. hehehe..

Alhamdulillah, rezeki Allah bagi dalam pelbagai cara. cuma kita jek yang tak perasan. kalau dulu aku selalu cemburu dengan seorang sahabat ni.. bukan cemburu ape, setiap kali dia hadapi masalah, tak lama kemudiannya tu mesti Allah bantu selesai kan.. aku ni.. aihh... xtaw la.. kenapa Allah tak bantu aku macam mana Allah bantu sahabat aku tu.. lepas aku habes belajar, aku terus menerus diduga Allah.. sehinggakan aku tertanya2 kat mana silap aku.. adakah Allah tidak mahu mendengar doa2 ku.. sampai ada tahap tu aku rasa putus asa...

aku cuba pujuk diri aku.. supaya jangan berputus asa dengan kasih sayang Allah... Akhirnya... aku faham ape yang Allah rancangkan untuk aku.. Allah masih sayangkan aku.. walaupun aku sering kali terlupa padaNya.. Satu demi satu perkara baik berlaku pada ku.. Alhamdulillah, kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNya...

Allahu Rabbi....

::Pencari Redha Allah::

kesan zikir terhadap otak

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.





Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimah-kalimah Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut.

Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.

Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.



Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.

Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya. Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang ringan kepentingan berzikir dan mengabaikannya.



Mencari kemanisan dalam kehidupan. Mehnah mendatang terasa terbeban. Bawa hatimu kepada Tuhan. Di sana menanti syurga idaman.

Jangan pernah putus asa


makkkk oiiiiii... ni bukan penuh sawang lagi dah ni.. ini boleh jadi tempat jin bertapa ni... (hiperbola namanya ni..hehehe) ini menunjukkan sudah berkurun aku tak menghupdate aku punya blog ni.

Ada orang kata, penantian itu satu penyeksaan. tai kita silap..sebenarnya PENANTIAN ITU SATU NIKMAT.. nak tahu sebab ape?? hah.. meh cerita sikit..aku bagi contoh yang sangat mudah untuk difahami. kalau penantian itu satu penyeksaan, aku amat sangat sungguh pasti... Islam tak akan tersebar dan tak akan wujud pon pada hari ni. Kalau Rasulullah tak sabar dalam menyebarkan dakwah Islamnya dulutak tahulah. mungkin aku ni pon tak kenal agama Islam tu ape. walaupun orang2 Islam zaman dulu kena seksa dengan teruk tapi mereka sabar sebab mereka tahu.. Allah  dah janjikan nikmat yang tidak terhingga untuk mereka pada hari akhirat kelak.

macam tu gak kita.. bila kita berhajat SESUATU YANG BAIK... tapi Allah belum bagi..BERSABARLAH.. bersangka baiklah dengan ALlah..sebab ALLAH MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.. seperti firman Allah yang bermaksud "Aku mengikut sangkaan hambaKu" (tolong betulkan kalau salah)

menanti bangkitnya Islam juga satu nikmat. jangan lah pernah berhenti berjuang.



(sumber dari pak cik Google)
::Pencari Redha Allah::

Dunia semakin maju..??? Fikirkan semula

Dunia semakin maju? Moden? selalu kita dengar kan. Errr.. baik korang fikirkan semula..

aku cakap macam ni sebab... cam ne eh nak cerita.. hhhmmm...ok, jom kita imbas kembali zaman kita ke belakang. pada zaman Nabi Daud a.s dah ada besi.. betul tak? besi zaman dulu lebih kukuh dan kuat kalau nak dibandingkan dengan besi zaman sekarang.

kalau kemajuan dari segi pembinaan, bahan-bahan pembinaan bangunan zaman firaun sangat kukuh sehinggakan piramid masih kekal sehingga sekarang. tapi sekarang rumah yang dibina tak sampai setahun pon, dah retak sana sini. aihh.. bahaya tu..

sebenarnya banyak lagi kemajuan dan kemodenan zaman dulu yang tak ada pada zaman sekarang. Semuanya hilang dimakan zaman (Allah hilangkan).
.....................................................
Bab lain pula ye..

sekarang ni boleh dikatakan kita berada di zaman jahiliyah moden. percaya atau tak rasanya korang boleh fikir sendiri dengan melihat keadaan sekeliling kita sekarang. malaslah nak cerita kat sini, banyak sangat..hehehe.. buka minda, buka pintu hati, dan gunakan akal yang Allah kurniakan untuk fikir sejenak.. Apa ukuran MAJU, MODEN yang dicanang-canangkan tu.

*post kali ni hanyalah pendapat aku sahaja tak ada kaitan dengan mana2 pihak.

::Pencari Redha Allah::

my car

This entry is about my car.. it just 2nd hand car.. but to me.. that is my new car.. when i buy this car its mean my monthly expenses will be increase .. so my burden semakin bertambahlah kan.. hhmmm, never mind.. i have to learn how to manage my money..

19 January 2013

today i try to post in english, my english are very bad..hahaha.. practice make perfect.. to reader who are good in english, you are welcome to my make any correction..  (teruknya la hai BI aku ni...)

*saja nak try english aku yang dah lama tak digunalkan...hahahah
::Pencari Redha Allah::

Bersyukur..

fuh.. dah bertambah umur aku nampaknya.. adeeii.. xpe.. makin bertambah umur bermakna semakin besar cabaran serta dugaan yang bakal aku hadapi.. moga semakin tabah dan cantik (hah, tak puas hati la tu kan..hehehe, terutama orang ni )

terima kasih kepada kwn2 dan kaum kerabat yang mengwish selamat kepada aku.. moga Allah memperkenankan doa kalian..

terima kasih gak kepada kwn2 opis yang mencelebrated birthday aku.. Aimy, Ain, Farah, K.Liza n' kecik @ Wani.. kepada along @ azahir yang tak menahan siap cakap tak sedap hati pagi2.. sampai rasa nak nyanyi tu.. aku ingatkan serius la dye tak sedap hati.. tup2 nyanyi "epy bufday" kat aku..hahaha..

(dari kiri, Aimy, Ain, Kecik @ Wani, Admin, Farah, K.Liza)
tak sangka perkenalan yang baru tiga bulan membuatkan kami berasa seperti telah lama kenal.. ecehhh.. bermadah pujangga lak..hahah..biarlah, ni kan blog aku.. =)

tak lupe gak kpd kwn2 pencak n gayong.. terutama kwn2 yang aku kenal dari tahun 1 lagi.. kwn2 ansos "love culture for future".. kwn2 opis lame.. kak jie, abg wan.. kepada sahabat HATI ... err, rasanya T tu tak payah la kan..hehehe.. rindu korang...

dalam kegembiraan masih terdapat kegelisahan jauh di lubuk hati.. moga Syakir cepat sembuh..


::Pencari Redha Allah::

Brain-brain / otak @ akal


Entry kali ni bersifat education sikit..hehheh




hah.. macam sedap jek kan aotak-otak ni.. tapi aku tak nak cerita pasal brain-brain makanan ni.. kang lapar pulak..hahaha.. I want to talk about brain that we use to think.. 

Sesetengah orang berfikir menggunakan otak otak dan ada gak yang berfikir mengikut hati.. tau tak? Mestilah tak tahu kan..hahhaha.. otak kita ni  dapat mengendalikan sistem saraf pusat agar boleh bekerja secara normal. Yang bertindak tak normal tu kiranya dye sakit otak la ye..hehehe..

1. Otak tetap aktif meskipun kepala sudah dipenggal.

2. Otak boleh menerima maklumat dibawah sedar

3. Ubat-ubatan boleh menyebabkan lubang di otak.

4. Otak manusia berwarna kelabu.

5. Otak manusia merupakan otak yang paling besar.


ramai orang sekarang bertindak seperti dyeorang ni tak ada otak.. dyeorang benrtindak ikut suka hati dyeorang jek.. tak tanya pon pendapat penasihat agung badan kita ni.. sebab tu sekarang banyak kes yang berlaku menunjukkan manusia kurang menggunakan otak semasa bertindak.

dulu kita cakap "sifat perikemanusiaan" sifat yang bagus2 la kan.. penyayang dan yang sewaktu dengannya la... binatang lak sinonim dengan kejam dll..tapi sekarang ni kan.. kita dah tak boleh cakap cam tu lagi..

 kita kena bersifat "perikebinatangan" (tak ada pon dalam kamus dewan, ni bahasa aku sendiri).. binatang pon tahu berkasih sayang sesama dyeorang.. tapi manusia, bunuh orang sekarang ni dah macam bunuh nyamuk jek.. langsung tak rasa bersalah.. tu la bertindak tanpa ada otak @ akal.. asal cemburu sikit tembak.. tak puas ahati sikit bunuh... aihhh.. menakutkan sungguh dunia sekarang ni...
macam mana lah keadaan dunia akan datang nanti..

p/s : Setiap makhluk Allah seperti haiwan dan manusia mempunyai otak, tetapi manusia diberi akal untuk berfikir..jadi gunakanlah akal fikiran kita untuk ke jalan yang betul dan bermanfaat.



Entry kali ni bercampur aduk.. tak tahu nak buat kronologi crita..hehehhe


hanya Allah yang tahu HATI ini

Allahu Akbar.. luluh hati ini tak terkata.. membayangkan kesakitan yang ditanggung anak saudara aku.. Allah sedang menguji.. hanya Allah sahaja yang tahu.. moga Allah beri yang terbaik buat Mohd Syakir Akhari.. Sesungguhnya Allah adal sebaik-baik Pemberi..


::Pencari Redha Allah::
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...