Followers

Tips dari Child Psychiatrist - Pakar mental kanak-kanak

ok, kali aku nak share tips yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk ngajo anak2 dyeorang.. aku baca ni dari dari link yang kawan aku share pada aku.. so aku olah sikit dan yang lain tu ayat empunya blog yang aku share ni k...

10 TIPS semuanya... selamat beramal....

1. Biasakan dan kerapkan bawak anak main pasir, buih, rumput, dan plastesin.

Seelok-eloknya, biar anak2 tu sentuh benda2 ni guna kaki dan tangan mereka. Biar dia exposed dan touched dengan texture pasir, rumput, buih, etc. Benda-benda tu sangat merangsang motor skills dan sensory skills anak-anak.



sumber dari google (tak tahu la anak sape)

2. Don't expose to too much things in a box.

"Things in a box" tu macam, tivi, ipad, tablet, phone, games etc. Yang ni paling ngeri.
Aku tengok sendiri dengan mata kepala aku, masa pergi special school Dr Sherine tu, ada sorang budak Australian ni. Umur baru 4 tahun. Jari tangan dia, kaki dia, lutut dia, semacam tak normal. Tak tahu nak describe macam mana.
Tapi korang nak tahu apa sebab dia jadi camtu?
Sebab too much exposed to computer light and touch screen!!
Mak dia exposed budak tu main ipad sejak lahir tau


Bila dah selalu terdedah dengan computer light and touch screen, ia akan menyebabkan takde rangsangan dan kurang latihan pergerakan masa kecik. 

Patutnya masa kecik kan, baby aktif gila nak meniarap la, nak merangkak la, nak lompat-lompat la. Kan? Tapi sebab parents dia terlalu busy, dan diorang takde pembantu rumah, so dia bagi je baby tu leka dengan ipad 24/7! haiiihhhh.....

So bila anak dia dah umur 4 tahun ni, baru nak pergi kelas pemulihan.
Belajar lompat, belajar meniarap, belajar merangkak. Kesian kan?

Sampaikan diorang tak bagi keluarkan apa-apa gadget depan budak tu.
Ada sekali tu, phone aku ada SMS masuk, so aku nak keluarkan la dari beg nak check SMS kan. Tetiba Dr. Sherine cakap kuat-kuat,
"No handphone in front of Alex! No handphone in front of Alex please!"

ada sesetengah parents bagi anak dia tenagok Boboiboy, Upin & Ipin dan seumpanya kat ipad. So ini jawapan Dr.Sherine,

"Takde masalah kalau nak tengok benda in a box ni (ipad, tivi, phone). But make sure not more than 10 minutes at a time."

"Never leave the child and ipad alone. Watch with him. Tengok Boboiboy sama-sama dengan dia, interact dengan dia. For example, kita cakap, Oh Boboiboy is wearing a red cap. Oh there, Boboiboy plays badminton with his friends! Sentiasa interact dengan dia while watching."

"It's a good sign when he wants to watch ipad, he asks you to join him. But bad sign when he doesn't want anyone to disturb or join him while he's watching. Itu petanda buruk. So always always always be with him and interact with him while watching."

Ini bahasa mudah untuk faham kenapa ipad, tivi, phone, games tak elok untuk perkembangan kanak-kanak, menurut Dr Sherine:

Bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu kepada satu level sahaja.
Tiada pergerakan "rolling" oleh mata.
So bila too much ipad, that means no eyes nerves stimulation.  menyebabkan pandangan anak tu tak luas, jadi otak dia pon tak boleh fikir dengan luas/kreatif. Sebab tu la parents digalakkan supaya banyak stimulate mata baby.

 How?
Bawak keluar rumah. Look around. Atas, tunjuk sky, tunjuk airplanes. Bawah, tunjuk grass, tunjuk cat, tunjuk flowers. Kalau tak boleh keluar rumah, still boleh buat dalam rumah. Contohnya, boleh guna mainan flash cards ABC tu. Flash huruf A kat atas, supaya anak dongak ke atas.Pastu flash huruf B kat bawah pulak. Pastu flash huruf C sebelah kiri, huruf D sebelah kanan. Dan sebagainya.  Dengan cara macam tu, automatik ada "rolling" eyes movement. So bila ada pergerakan mata atas bawah atas bawah camtu, saraf mata dirangsang dengan baik.  Dengan itu, brain development pon berlaku dengan baik.

3) Stimulate their imitation skills.


Imitation skills ni ialah kebolehan mengikut atau meniru apa saje perkara yang dilihat disekeliling. Contoh kalau anak nampak kita tepuk tangan, dia pon ikut tepuk tangan gak. Dr. Sherine kata, ini masalah terbesar budak-budak sekarang. Lack of imitation skills. So vocab kurang, otak lambat pick-up, etc. Because language and speech is also an imitation skill, attitude pon imitation skill, cara berfikir pon imitation skill, dan semua-semua tu pon related to brain development.


So parents digalakkan buat kaedah-kaedah macam ni: Say a word, dan suruh anak ulang.
Lukis satu simple drawing, dan suruh anak tiru. Buat mimik muka macam nangis, senyum, gelak, marah dan suruh anak tiru. Buat satu kerja mudah macam susun bantal atas katil, susun buku kat rak, dan suruh anak ikut. Nyanyi satu lagu, dan suruh anak ikut nyanyi. Dance mengikut muzik, dan suruh anak tiru step yang kita buat. Buat satu pergerakan macam merangkak, lompat, mencangkung, bergolek, dan suruh anak buat sama.

Oh lagi satu, Dr. Sherine cakap, pergerakan merangkak ialah sangat-sangat bagus. Sebab dia melibatkan seluruh anggota badan, dari kepala ke hujung kaki. Dan menurut kajian, baby yang mengalami fasa merangkak yang lama, dikatakan lebih genius dan berfikiran kreatif berbanding baby yang merangkak sekejap atau tak merangkak langsung (terus boleh berjalan).

4) Banyakkan concept toys berbanding mainan superheroes, monsters, etc.


Concept toys tu macam, ABC 123 blocks, Lego, animals (yang realistic dan senang nak recognize), shapes blocks, vehicles, colour blocks, etc.Sebab benda-benda ni boleh tambahkan vocab anak.
Dr. Sherine kata, avoid belikan mainan-mainan yang tak realistik. Macam barbie doll, superheroes dalam tivi, monsters, etc. Sebab masa bermain, dia tak boleh kaitkan dengan dunia realiti dia. Takut dia terlebih taksub dengan dunia yang fantasi tu pulak. Macam tak elok sangat la kan.


5) Bila nak ajar anak bercakap, ajar word dulu, avoid sentence.


Contoh macam kalau kita pergi zoo, kita nak tunjuk elephant kat anak, better cakap, "Elephant!" bukan
"That is elephant!" atau  "Wow u see that big elephant?"

Unless kalau anak dah hafal animals tu semua, so boleh ajar sentence dengan adjective pulak. Contoh,
"Tall giraffe. Big elephant. Beautiful butterfly. Yellow bird." Avoid guna perkataan "The This That And With etc". Direct je cakap "Big tiger. Beautiful bird." Ajar word by word. Nak ajar budak bercakap kena slowly dan repetitively.

Bila nak bagi arahan pun sama. Sebut perbuatan itu sahaja. Without a complete sentence. Contoh,
"Eat."  bukan "Come and eat." atau "U must eat."

"Sit." bukan  "Come and sit beside Mama" atau, "Sit and keep quiet."

Lama-lama budak tu akan cepat recognize, which one is noun, adjective, verb, etc. Lepas dia dah banyak vocab, baru boleh start ajar buat sentence.

6) Kalau budak takut strangers. Ask them to high-5. Avoid salam, hug or kiss.


Biasanya budak yang takut strangers ni sebab dah banyak kali trauma atau ada bad experience each time jumpa strangers. Contoh budak yang selalu sakit. Banyak kali jumpa doctor/nurse yang asyik cucuk atau bagi ubat etc. So bila jumpa strangers mana-mana pon, dia expect orang tu akan buat pape kat dia. So macam fobia camtu la kan.

Untuk overcome benda ni, Dr. Sherine tu suggest, bila jumpa je sesiapa yang anak tu takut, Suruh orang tu high five dengan anak kita tu. Biasanya kalau kita jumpa kawan ke saudara mara ke, mesti diorang nak pelok cium salam anak kita kan? So kalau anak yang jenis takut strangers ni, jangan bagi orang salam pelok terus, suruh high-5 dulu. Kalau orang tanya kenapa, jawab ikut style.. hehehhe

Menurut Dr. Sherine, high-5 is very powerful. Dia boleh ubah mentaliti anak within seconds. Bila kita high-5, akan berlaku sentuhan dalam beberapa saat, dan budak tu akan realize yang orang tu tak merbahaya. So lepas tu, dia akan ok la dengan orang tu.

7) Bila anak buat salah. Explain instead of marah.


Macam kalau anak main marker pen, conteng satu rumah. Hoih mahu kau tak hangin kan??  So Dr. Sherine tu kata, instead of marah-marah membebel tak tentu pasal, better explain clearly kat anak tu kenapa benda yang dia buat tu salah.

Ingat, anak tu tengah exploring his world, bukan sesaje nak cari pasal dengan kita. Lagi satu, setiap kali explain atau bercakap dengan anak,  make sure mata kita dengan dia satu level. Melutut depan anak. Jangan cakap atau marah sambil berdiri, anak jadi bertambah takut. Nanti dia tak absorb pon apa yang kita nak sampaikan.

Kalau anak kau baring, kau pon kena baring. Punya gigih nak mata satu level tadi kan.

8) Overly-attached to one person is not a good sign.


Contoh macam anak tu rapat dengan mak je, dengan ayah tak berapa rapat. So itu petanda tak bagus. Something wrong with his self-esteem. So kena biasakan dia rapat dengan semua orang. Especially family members.

9) Bila bermain, follow his interest. 


Kalau anak nak main ball, jangan tetiba korang nak ajak dia main basikal. Kalau anak nak melukis, jangan korang nak ajak dia main ball. Ikut kehendak anak pada ketika itu. Sebab brain development akan berlaku pada tahap maksima bila budak tu betul-betul interested dan happy buat sesuatu perkara. Lain la kalau anak mintak nak main benda bukan-bukan.  Haruslah dimarahin dong.

10) Bagi pilihan jawapan untuk enhance communication skill anak.


Contoh bila kita bertanya sesuatu kat anak kita, kalau anak diam je sebab tak tahu nak camane, jangan biarkan soalan tu tak berjawab. Kita yang kena bagi pilihan jawapan kepada anak.

Contoh macam kalau kita tanya, "Kenapa Amir menangis?"

Tapi Amir tu diam je, mungkin sebab tak tahu nak jawab macam mana. So kita bagi la beberapa pilihan jawapan, macam

"Amir jatuh?"
"Amir sakit perut?"
"Amir nak ikut papa pergi kerja?"
"Amir bosan?"

Itu contoh. Even if dia respon dengan sekadar angguk je pon dah memadai. At least soalan dah terjawab.  Dan lama-lama kang dia tahu la nak jawab macam mana if soalan yang sama diajukan di masa akan datang.

Setakat ni jek dulu, so lain kali kalau ada tips lain, aku akan kongsikan lagi..

Sumber: http://saatakukaupilih.blogspot.com

::Pencari Redha Allah::

Banjir adalah satu ujian

Salam takziah buat mangsa-mangsa banjir.. moga mereka tabah dalam menghadapi ujian Allah ini.. Bencana alam yang Allah turunkan itu sememangnya merupakan ujian Allah... untuk memperlihatkan kesabaran dan ketabahan hamba-hambaNya.. tapi aku melihat keadaan banjir ini dari satu sudut yang lain...


mari kita lihat satu situasi.... di mana hujan lebat dan air sungai mula menaiki kawasan rumah.. masing2 sibuk menyelamatkan diri dan harta benda masing tanpa menghiraukan jiran-jiran sebelah yang menghadapi masalah yang sama.. nak angkat tv, sofa, almari dan barang2 lain...  nak tolong jiran sebelah yang mungkin seorang wanita atau lelaki tua yang duduk bersendirian di rumah pon mungkin tak mampu... aku terfikir sejenak....

hhhhmmmm............

Allahu Akhbar.. ini baru ujian di dunia.. macam mana pulak bila kita di padang masyar kelak..??? masing2 sibuk dengan urusan sendiri... tidak ada masa untuk memikirkan keluarga dan kawan2...

::Pencari Redha Allah::

berhabuk......



Allah... lamanya tak berbloging...banyak menda nak cerita sebenarnya.. tapi jari jemari ni malas nak menaip.. almaklumlah, kekangan masa kononnya.. hehehe..

Alhamdulillah, rezeki Allah bagi dalam pelbagai cara. cuma kita jek yang tak perasan. kalau dulu aku selalu cemburu dengan seorang sahabat ni.. bukan cemburu ape, setiap kali dia hadapi masalah, tak lama kemudiannya tu mesti Allah bantu selesai kan.. aku ni.. aihh... xtaw la.. kenapa Allah tak bantu aku macam mana Allah bantu sahabat aku tu.. lepas aku habes belajar, aku terus menerus diduga Allah.. sehinggakan aku tertanya2 kat mana silap aku.. adakah Allah tidak mahu mendengar doa2 ku.. sampai ada tahap tu aku rasa putus asa...

aku cuba pujuk diri aku.. supaya jangan berputus asa dengan kasih sayang Allah... Akhirnya... aku faham ape yang Allah rancangkan untuk aku.. Allah masih sayangkan aku.. walaupun aku sering kali terlupa padaNya.. Satu demi satu perkara baik berlaku pada ku.. Alhamdulillah, kasih sayang Allah mendahului kemurkaanNya...

Allahu Rabbi....

::Pencari Redha Allah::
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...