Followers

Daisypath Anniversary tickers

mental atau fizikal

assalamualaikum dan salam sejahtera...seperti biasa..lama dah aku tak bersihkan sawang- sawang yang bertempiaran kat blog aku ni...hehehhe...


Profile PictureTaming Sari III hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi...fuhh..cuak gak...tapi tak pe...perjuang masih belum selesai... setiap orang ada peluang untuk menang...saat-saat macam ni..ramai rakan seperjuangan aku yang down (termasuk la aku pown)...tapi bukan sebab TS semata-mata...banyak sebab...tak perlu lah aku bagitahu sebabnya kat sini...kang meleret-leret lak entry aku pasal sebab nya jek kang...aku selalu pesan kat kawan-kawan dan termasuklah diri aku sendiri.. "sekarang ni kita sedang membina kekuatan mental..bukan fizikal lagi...fizikal bergerak mengikut arahan mental kita" jadi...tanam kan dalam diri..nilai-nilai positif...mungkin orang lain lebih hebat dari kita..tapi kita jangan sesekali lupa..bahawa diri kita sendiri punya kehebatan yang tersendiri..jangan pandang rendah dengan kebolehan sendiri...

masa latihan berjalan...ramai cakap "eh, aku tak boleh buat la...susah la..tak berani la" kata-kata macam ni yang buat diri kita jadi lemah.. bila aku cuba clear kan fikiran dyeorang....minta mereka fokus...mereka boleh jek buat..malah lebih baik dari yang aku sangkakan... silapnya mereka tak percaya pada diri sendiri jek..kepada rakan seperjuang sekalian...jangan sesekali menafikan kemampuan diri..tunjukkan dan arahan otak anda supaya berfikir secara positif...dengan itu..fizikal anda pastu akan bekerja keras mengikut arahan tersebut.. percaya pada diri...insya Allah, Allah akan permudahkan jalan anda menuju kejayaan..


seorang mentor yang sangat aku sanjungi selalu pesan "insan yang cemerlang adalah insan yang berjaya melawan dirinya sendiri setiap hari" jadi...lawan sikap dan sifat negatif yang ada dalam diri kita sendiri... insya Allah, kita kan jadi orang yang positif yang selalu cemerlang...


macam tu jugak aku...kalau nak di ikutkan hati ni..aku dah tak nak turun trening...dengan kaki aku yang asyik sakit jek ni.. injury lama la katakaan..hehehhe....tapi aku kena lawan...!!! aku percaya rakan seperjuangan aku yang lain ni semuanya ada kelebihan dan kekuatan masing-masing...malah lebih hebat dari aku...percaya pada diri... korang pasti boleh berjaya...

SEE TO BELIEVE OR BELIEVE TO SEE..korang pilih lah sendiri =)

Ada waktunya, 
sepi menjadi lebih indah 
kerana di saat itu kita ada ruang 
untuk mengingati dan merindui........

soalan 'cepuk' dan rimas...

Assalamualaikum....fuhh...setelah lama berjuang..alhamdulillah..tinggal satu exam jek lagi nihh..exam kali ni aku tak tahu lak nak cakap...satu subjek mewakili 25%...risau gak kalau pointer aku jatuh kali ni..tapi biarkan jek la...hidup mesti di teruskan..hahhaha...

*bukan menda ni yang aku nk tulis sebenarnya.. tu just intro jek...

ramai sangat yang tanya "eh, ko sekarang dangan si pulan eh" "la..xpe jek..ko pown sekarang ni da single kan?"  soalan2 seumpanya bertubi2 diajukan kepada aku...

aduhhh....penat aku nak menjawabnyerrr...fuhhh..berpeluh2..hahahaha..
aku dengan si pulan tu rakan niaga jek..kami gerak business bersama2... hati yang terluka ni belum terubat lagi...cukuplah.. biar aku aku jadi doktor sendiri..merawat luka sendiri..hahhaha...biar waktu yang mengibati segalanya...


cukuplah aku ada Allah untuk ceritakan segala isi hati
aku...aku sememangnya tak layak mencintai orang lain..sebab cinta aku terhadap Penciptaku masih goyah.. aku tak perlukan seorang kekasih untuk menjaga aku selagi belum sampai waktunya.. aku hanya menunggu suami yang Allah da tentukan untuk aku...pilihan Allah lebih baik dari pilihan lain... bersabarlah hati :)....

ok..terjawab sudah persoalan kawan2 aku yang bertubi tu...heheheheh...aku tak perlu berdendam dengan sape2..memaafkan itu membuatkan jiwa lebih tenang...hati tak perlu gusar... hidup mesti diteruskan...cayok2...!!!!

*aku mungkin akan berkahwin dengan orang yang tidak aku cintai, tapi aku akan mencintai orang yang aku kahwini :)

Ada waktunya, 
sepi menjadi lebih indah 
kerana di saat itu kita ada ruang 
untuk mengingati dan merindui........

kasih..sayang..cinta..

  Kasih..

Kita sering mengucapkan kalimah bismillah yang   membawa maksud “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”. Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihani.

Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasulullah sendiri berkahwin dengan isteri-isterinya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-wanita yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.
Sayang..

Perkataan yang sukar untuk dibezakan dan diterjemahkan terutama dalam hubungan perasaan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu mencapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih luas skopnya berbanding mengasihi. Anda mungkin menyayangi sahabat anda, keluarga anda, guru anda atau sesiapa sahaja. Tetapi berbeza jika anda mengatakan bahawa anda menyayangi isteri anda. Kerana rasa sayang kepada isteri sebagai teman hidup memberikan maksud anda mencintai pasangan anda sedalam-dalamnya.
Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalam setiap tindakan yang dilakukannya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.
Cinta..
Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang, tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya, perkongsian hidup bersama dan juga kebahagiaan masa depan bersama.
Cinta terlalu kompleks untuk dihuraikan. Kerana cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza. Dalam satu pepatah arab, mendefinisikan cinta itu pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam akan memekakkan telinga untuk kita menerima segala nasihat daripada orang lain. Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak jelas di mata orang lain.
Cinta mampu memberikan rasa gembira kepada pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Cinta membahagiakan bila berjaya hidup bersama pasangan dan sangat memedihkan bila gagal. Itulah kelebihan dan kelemahan cinta. Kerana pengertian cinta selalunya disandarkan hanya pada manusia. Manusia tidak sempurna. Jika pengertian cinta ini disandarkan pada Allah Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud istilah putus cinta.

Ada waktunya, 
sepi menjadi lebih indah
 kerana di saat itu kita ada ruang
 untuk mengingati dan merindui........

Bila malam menjelang...

Jika seorang Muslim ingin umurnya di berkati dan meraih prestasi 
orang terbaik sebelum itu, perlulah ia tidur dalam keadaan berwuduk 
lalu bangun dengan lebih cepat subuhnya agar ia mendapat keberkatan 
malam dan siang, iaitu keampunan, rahmat, keberkatan, semangat tinggi 
kebahagiaan dan kekuatan. 

Diriwayatkan dari Ibnu 
Umar r.a. bahawa 
Nabi saw pernah 
bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidur 
dalam keadaan berwuduk,
 maka malaikat berada
 diatas katilnya. Jika ia 
bangun malaikat berkata,
"Ya Allah ampunilah 
hambaMu si Fulan  ini,
 kerana ia tidur dalam keadaan berwuduk."

Diriwayatkan juga dari Muadz bn Jabal r.a. bahawa Nabi pernah bersabda
 yang bermaksud:
" Jika sesaorang Muslim tidur dalam keadaan berwuduk lalu ia 
bangun pada malam hari, lantas ia minta kebaikan dalam urusan
dunia dan akhirat kepada Allah, maka Allah akan memberinya."

Diriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah saw pernah 
bersabda yang bermaksud:
" Barang siapa yang punya keinginan untuk solat di malam hari kemudian
 dia tertidur hingga tidak boleh bangun, Maka Allah menuliskan pahala 
solatnya dan tidurnya adalah sedekah untuknya."   

Itulah kebaikan malam iaitu pahala dan sedekah dari Allah Taala dalam 
bentuk tidur, sebagai penghormatan atas niat yang jujur dan keinginan
yang kuat untuk qiyamullail dan zikir padaNya. 

Diriwayatkan dari Jabir r.a bahawa Nabi saw bersabda :
" Hendaklah kalian qiyamullail sebab qiyamulail itu kebiasaan orang-orang
soleh sebelum kalian,  mendekatkan diri kepada Allah, pencegah dari dosa,
menghapus dosa-dosa dan mengusir penyakit dari tubuh."

Untuk mendapatkan keberkatan di siang hari juga banyak. Di antaranya 
dari Anas bin Malik r.a, Nabi saw pernah bersabda:
" Barangsiapa yang mengerjakan solat subuh secara berjemaah lalu ia 
duduk berzikir kepada Allah hingga terbit matahari, lantas ia mengerjakan
solat dua rakaat, maka ia mendapatkan pahala haji dan umrah. Rasulullah
saw bersabda lagi," secara utuh, secara utuh dan secara utuh."

Juga diriwayatkan dari Sahl bin Muadz r.a dari ayahnya r.a bahawa 
Nabi saw bersabda:
"Barangsiapa yang duduk di tempat solat setelah ia selesai mengerjakan 
solat Subuh sehingga ia mengerjakan dua rakaat solat dhuha dan dia hanya 
mengucapkan yang baik-baik, maka dosanya diampuni walaupun lebih 
banyak dari buih dilaut."

Jadi itulah panduan dari Rasulullah saw untuk kita memulakan hari kita pada
setiap hari yang kita lalui  dengan berhubung terus dengan Allah di awal-awal 
pagi lagi, membersihkan hati nurani kita dari dosa kelmarin, berzikir dan 
mengagungkan kebesaran Allah bila kita mencelikkan mata kita, memohon 
perlindungan dan bantuan untuk meniti hari yang akan ditempuhi supaya kita 
berjaya meraih kebaikan dunia dan akhirat.  


Mengikuti sunnah Rasul ini, mensucikan kita dari kotoran,membersihkan 
catatan amal dari dosa dan memperbanyakkan rezeki dariNya. Perginya 
kita ke tempat kerja dengan rasa bahagia, senang hati, tersenyum riang, 
bersemangat kerana yakin padaNya dan bersandar padaNya sebab 
merasakan keredhaan dan rahmatNya menyelimuti kita. Sungguh, 
ibadah kepada Allah inilah sumber kebahagiaan, pembawa kesenangan 
dan mengundang keredhaan Allah.

Di zaman dulu, para ulama salaf mengikuti panduan dari Rasul saw ini tapi 
kitadi zaman sekarang ini sibuk berjaga malam tanpa tujuan yang 
berfaedah sehingga lambat tidur dan akhirnya terlelap hingga
terbit matahari. Dan orang yang tertidur sehingga habis solat subuh 
sampai datangnya solat dhuha,sebenarnya mengharamkan dirinya dari
mendapat keberkatan waktu tersebut. Hari itu yang akan dilalui tidak 
akan sama rasanya berbanding dengan hari yang dimulai dengan solat 
dan zikir padaNya. Dia akan mudah stress, cepat marah kurang 
keberkatan yang diraih dari awal pagi lagi.

Jadi sama-sama lah kita berusaha untuk memulai pagi hari kita dengan 
solat qiyam, zikir kita padaNya! Sama-sama kita mohon kekuatan dari 
Allah untuk ini.
Ada waktunya, 
sepi menjadi lebih indah
 kerana di saat itu kita ada ruang 
untuk mengingati dan merindui........

Colour and Birthday

If your BIRTH DAY is .....


December 23rd ~ January 1st = Red


January 2nd ~ January 11th = Orange


January 12th ~ January 24th = Yellow


January 25th ~ February 3rd = Pink


February 4th ~ February 8th = Blue


February 9th ~ February 18th = Green


February 19th ~ February 28th = Brown


March 1st ~ March 10th = Aqua


March 11th ~ March 20th = Lime


March 21st = Black


March 22nd ~ March 31st = Purple


April 1st ~ April 10th = Navy


April 11th ~ April 20th = Silver


April 21st ~ April 30th = White


May 1st ~ May 14th = Blue


May 15th ~ May 24th = Gold


May 25th ~ June 3rd= Cream


June 4th ~ June 13th = Grey


June 14th ~ June 23rd = Maroon


June 24th = Grey


June 25th ~ July 4th = Red


July 5th ~ July 14th = Orange


July 15th ~ July 25th = Yellow


July 26th ~ August 4th = Pink


August 5th ~ August 13th = Blue


August 14th ~ August 23rd = Green


August 24th ~ September 2nd = Brown


September 3rd ~ September 12th = Aqua


September 13th ~ September 22nd = Lime


September 23rd = Olive


September 24th ~October 3rd = Purple


October 4th ~ October 13th = Navy


October 14th ~ October 23rd = Silver


October 24th ~November 11th = White


November 12th ~ November 21st = Gold


November 22nd ~ December 1st = Cream


December 2nd ~ December 11th = Grey


December 12th~ December 21st = Maroon


December 22nd = Teal


RED

Cute and lovable type, You are picky but always in love... and liked to be loved. Fresh and cheerful, but can be "moody" at times. Capable with people nice, soft, and that can love you for the way you are. Likes people that are easy to talk to, and can make you feel. comfortable.

Orange

You are responsible for your own actions, and you know how to treat people.You always have goals to reach and you really work hard to get there, you are competitive. Your friends are really important to you and you appreciate what you have, you sometimes over react that's because you are sensitive. comfortable.

Yellow

You are sweet and innocent. Trusted by many people, and have a strong leadership towards relationships. You make good decision and make the right choice at the right time. And always dreaming of Romantic Relationship.

Blue

You may have low self-esteem, and can be very picky. You are artistic and like to fall in love, but you let your love pass by, by loving with your mind, not your heart. relationship.

Pink

You are always trying your best in everything, and like to help and care for other people. But you are not easily satisfied. You have negative thoughts, and you look for romantic love like in a fairytale. relationship.

Green

You get along well with new people. You are not really a shy person, but sometimes you can hurt people's feelings by your words... You like to be loved and noticed by your lover, but mostly you are single, waiting for the right person.

Brown

You are active and sportive. It's hard for other people to become close with you, but you fall in love easily. But once you find out you can't get something, you give up and let go easily as well.

Aqua

Your feelings change suddenly and easily. You are always lonely, and like traveling. You are truthful, but listen and believe other people too easily. It's hard to find love for you, and get lost in love easily, Sometimes get hurt by love.

Lime

You are calm, but easily stressed out. You get jealous easily, and complain over little things. You can't get stuck into one thing, but you have a capable personality for everyone to trust you and like you.

Black

You are challenging, and have the "guts". But you don't like changes in your life. And once you make a decision, you keep it that way for a long time. Your love life is also challenging, and different.

Purple

You are Mysterious, never selfish and get interested in things easily. Your day can be Sad or Happy depending on your mood.You are popular between friends but you can act stupid at times,and forget things easliy.You go for a person that's trustworthy.

Navy

You are attractive, and love your life.You have a strong feeling towards everything. And very easily distracted.Once you get angry at someone, its hard for you to forgive them.

Olive

You are warm and light hearted.You seem to flow well with friends and family. You don't like Violence and know what's right.You are Kind and cheerful but don't evny other people.

Silver

You are imaginative and fun, You love trying new things.You like to challenge yourself and you learn things easily, you're easy to talk to and give good advice.When comes to friendship, you find it hard to trust someone, but once you find the right friend, you trust them forever.

Gold

You know what's right and what's wrong. You are cheerful and out going. It's hard for you to find the one you want, but once you find the right person, you won't be able to fall in love again for a long time.

Cream

Competitive and sportive. Don't like losing and always cheerful! You are trustworthy, and very out going. You choose love carefully, and don't fall in love easily. But once you find the right one, you don't let go or a long time.

Grey

You are attractive, and active. You never hide your feelings, and express everything that's inside. But can be selfish at times. You want to be noticed, and don't like to be treated unequally. You can brighten up peoples day. You know what to say at the right time, and you have a good sense of humor.

Maroon

You are intelligent, and know what's right. You like to make things go your way, which can sometimes cause trouble for not thinking about other people's feelings. But you be patient when it comes to love.. Once you get a hold of the right person, it's hard for you to find a better love.

*Sekadar suka-suka :)
Ada waktunya, 
sepi menjadi lebih indah
 kerana di saat itu kita ada ruang
 untuk mengingati dan merindui........
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...