Followers

Daisypath Anniversary tickers

Perjuangan bermula



Assalamualaikum...

Lebih kurang 2 minggu latihan untuk Taming Sari 3...Alhamdulillah bilangan atlet yang join latihan pusat ni semakin bertambah.. tapi masih dalam kekurangan...ramai lagi atlet2 yang belum datang lagi... kami semua yang dah ada kat sini mengharapkan mereka tu semua datang termasuklah para urusetia.... almaklumlah.. masa dah suntuk sebenarnya ni...

Taming Sari 3 kali bagi aku agak tough la... aku ni pun tak tahu la mampu persiapkan diri atau tak... aku akan cuba sedaya upaya aku.. aku join game  ni pun sebab seseorang (2, 3 orang sebenarnya..hehehehe)...aku tak nak dyeorang hampa..jadi...aku mesti bersedia...fuhhh...

Moga diri ini cekal..

(perrgggg...pancittt..huhuhuhu)

Terkejut tapi tahniah...

Assalamualaikum....

Lama da tak update blog aku ni hah... bukan setakat bersawang da....segala sarang binatang da ada ni hah...hahaha... hari ni hari kdua aku sampai di UKM...lepas kemas bilik, barulah aku buka laptop ni, online..hehehe... 

Semalam aku sampai UKM malam da..aku tumpang bilik niza jerk malam tadi..pagi ni baru lah pindah bilik..
terkejut aku bila buka facebook aku..tak sangka2..tapi alhamdulillah..jodoh sepepu aku yang sekarang ni belajar kat UMS dah sampai.. along ada tagged aku kat dye punya kad jemputan dye... 

Mana tak terkejutnya..dye sebaya aku..masuk U saing pulak tuh..diam2 jerk dye..tup2, dapat kad jemputan...tahniah aku ucapkan kat kamu along..moga berbahagia ea...aku pown turut tumpang gembira.. Insya Allah, aku datang kenduri kamu tu..walaupun agak jauh la kan...demi kamu, aku datang jua...heheheh...

Buat masa ni, ni jek la yang aku nk taip...ada kerja yang belum settle  ni..hehehe..
sekian...

kesorangan..

Assalamualaikum...

Selamat pulang ke rumah kepada kawan2 yang dah ada kat rumah sekarang ni...seronoknyerr ai...
tapi aku masih lagi di kampus... paras aku ni sunyi jerk..tinggal aku sorang jek yang ada...
hari ini hari tearkhir kena kosongkan bilik.. tak tahu la ada tiket ke tak nak balik hari ini.. harap2 dapatlah..

rindunya nak balik...jarang dapat berkumpul semua adik beradik kat rumah tu..biasalah..masing2 ada kehidupan sendiri..aku pon jarang dapat balik rumah..sibuk dengan aktiviti kat kampus jer..sem ni boleh kira berapa kali jerk aku balik ke rumah... rindunya kat abah n mama... kadang2 aku leh nanges tiba2 bila teringat kat dyeorang.. sebak bila ingat balik apa yang dyeorang korbankan untuk besarkan aku..

dulu2, masa aku duk kat rumah, aku asyik fikir..bila la aku nak meratau belajar kat luar..tapi bila dapat belajar kat luar ni..jauh dengan keluarga..rindu pulak nak dengar abah membebel...mama bising2 kat dapur...hehehehe...biasalah..aku kat rumah memang malas sikit..lebih2 lagi bila kakak2 aku ada...dyeorang la selalunya buat kerja kat dapur tuh..hehehe...

dulu, aku selalu tak sependapat dengan abah...asyik gaduh jerk dengan dye.. tapi sekarang ni, terasa sebak bila fikir pasal abah...abah jarang call anak2 dye.. tapi dye selalu call aku..tak ada lah selalu sangat...hehehe.. setiap kali abah call, dye selalu tanya aku, ada duit x..? aku tahu abah selalu risau aku tak cukup duit, takut aku tak makan la...sangat sweet... dulu aku ingat, aku lah yang paling abah tak sayang..almaklum lah..selalu sangat bergaduh.. aku ni kuat melawan gak r..heheheh... tapi sekarang ni.. aku tahu.. abah sayang anak2 dye..

aku ingat lagi..bila dapat tahu aku diterima belajar kat UKM ni..abah la yang paling gembira.. tapi dye tak tunjuk terang2 yang dye suka...dapat jerk tahu berita tu, abah terus suh mama beli barang2 untuk aku bawak datang UKM..suh aku kira bape pasang baju kurung aku..(aku ni jenis tak suka pakai baju kurung dulu..so tak banyak la baju kurung aku..heheheh)..abah kata kalau tak cukup, ajak mama pergi kedai beli kain n jahit baju kurung...padahal nak masuk UKM tu lambat lagi.. masa tu, hati aku jadi sebak...terharu sangat2...

setiap kali abah call, dye akan pesan..kalau tak ada duit, cakap..jangan takut..sebab dye tahu..aku tak kan mintak melainkan abah jerk yang bagi...tiba2 aku menangis bila abah pesan.." belajar rajin2..dapat result bagus2...ko jerk la harapan abah n mama.." masa tu..Allah jerk tahu perasaan aku macam mana.. tapi aku still control suara aku..tan nak abah tahu..hehehehe...(tacing pulok pagi2 ni...)

cukuplah aku cerita pasal ni...kang banjir pulok blog aku ni..hahahaha....apa yang aku nak taip ni menyimpang pulok dengan apa yang aku nak taip sebenarnya..hehehehe... sebenarnya aku sangat gembira dapat berkumpul dengan keluarga aku... termasuk lah kakak aku yang jauh nun di Kepala Batas, Gopeng n yang kat Bukit Mertajam tuh...hehehehe..harap2 dapat la kita berkumpul semua....

akhir kata.. ~Family First~

(abah & mama tersayang)

Rahsia Solat di Awal waktu...

Assalamualaikum...
untuk pengetahuan semua umat Islam dan saudara2 baru.. 
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. 


Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. 



Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita 



Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.



Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. 


Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya …




Sekadar berkongsi....
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...