Followers

Daisypath Anniversary tickers

Wanita Yang Tak Pernah Puas


Sebuah kedai unik bernama Kedai Suamiku yang menjual calon suami baru saja di buka di kota New York. Kononnya di negara maju yang tunggang-langgang ini, wanita boleh memilih dan membeli suami yang paling tepat untuknya. Di antara arahan yang ada di pintu masuk:
“ANDA DIBENARKAN MENGUNJUNGI KEDAI INI SEKALI SAJA SEUMUR HIDUP”

Kedai itu ada 6 lantai. Semakin tinggi lantainya, semakin tinggi pula harga lelaki yang berada di situ. Anda dapat memilih lelaki di lantai itu atau memilih lelaki di lantai berikutnya tetapi anda tidak boleh pilih lelaki di lantai sebelum itu.

Seorang wanita pergi ke Kedai Suamiku untuk memilih suami yang tepat untuknya. Setelah dia membayar caj masuk ke kedai tersebut dengan harga yang cukup mahal, dia mula masuk ke lantai pertama.

Di lantai 1 terdapat tulisan:
LANTAI 1: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan dan taat pada Tuhan.”
Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya.


Di lantai 2 terdapat tulisan:
LANTAI 2: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan dan suka anak kecil.”
Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya.


Di lantai 3 terdapat tulisan:
LANTAI 3: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil dan ambil berat.”
Wow... fikir wanita tersebut, tapi dia masih tidak puas dan ingin untuk terus naik.


Lalu sampailah wanita itu di lantai 4 dan terdapat tulisan:
LANTAI 4: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil, amat ambil berat dan suka membantu kerja rumah.”
“Biar betul..!” Wanita itu berkata, “Tak cayala…..!”.


Wanita itu tidak puas dan tetap meneruskan ke lantai 5 dan terdapat tulisan seperti ini:
LANTAI 5: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil, amat ambil berat, suka membantu kerja rumah dan memiliki sifat romantis.”
Dia tergoda untuk berhenti di lantai 5, tapi kemudian dia melangkah pula ke lantai 6 dan di 


lantai itu terdapat tulisan:
LANTAI 6: “Anda adalah pengunjung yang ke 4363012. Tidak ada lelaki dilantai ini. Lantai ini diwujudkan semata-mata untuk jadi bukti betapa ramai wanita yang tidak pernah puas seperti anda! Terima kasih telah datang di Kedai Suamiku. Hati-hati bila keluar dari kedai ini dan semoga hari ini adalah hari yang indah buat anda!”


Fikir-fikirkan la... Hargai orang yang menyayangi anda.. Jangan terlalu memilih sehingga kan anda melepaskan orang yang terbaek untuk diri anda..


Post kali ni sje2 jerk.. :)

 (sekadar gambar hiasan.. xde kena mengena dgn post kali ni)

Adakah aku sahabat buat mu..?

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (H.R al-Hakim)

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat
Renungan buat diriku, man ana..?
Layak ke aku menjadi sahabatmu..?
maaf kan diri ku yang tidak sempurna ini untuk menjadi sahabatmu..



Jangan kamu berjalan di depanku, aku tidak dapat mengikutimu, jangan kamu berada di belakangku, aku tidak bisa memimpinmu, berjalanlah disampingku, jadilah temanku.

SATU MUHASABAH ; Kenapa Yahudi Bijak

by Danish Irfan on Saturday, August 14, 2010 at 2:42pm

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar matematik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan Perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja). Jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell, Coca cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah. Barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik (bagi umat Islam lebih baik diperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran - admin). Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk pertumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka. Demikian juga sukan yg memerlukan kosentrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali! Di sini perokok seperti di anak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok, dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok? Saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke muzium, hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.


pameran seni di spanyol
dgn berani mmenzahirkan penghinaan
tanda bukti islam makin lemah.
xkira pucuk pimpinan hingga ke bwahan


Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato! ' Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Penulis : Dr. Stephen Carr Leon
Di alih bahasa oleh :Adibah Mohd NoorMatriculation Lecturer, Department of SciencesUIA Matriculation Centre, Petaling Jaya, Selangor.

(Bukan menyokong Hitler, tetapi hanya untuk membuka minda kita - Admin)

kisah "chipsmore..."

Assalamualaikum, pembuka kalam...

Selamat menjalani ibadah puasa di ucapkan kepada para muslimin dan muslimat sekalian..
Kali ini aku nak share something la.. tapi bukan pasal biskut chipsmore tu..heheheh..
tapi sebelum tu, cuba perhatikan gambar2 kat bawah nih..




wah...gambar makanan jerk kan..mentang2 la bulan puasa sekarang ni..
bukan itu yg aku nak share kn..cuba perhatikan gambar tu betul2.. semua makanan kat atas tu di tutup..
napa ek..?
Ggambar pertama tu, mesti la sebab tak nak serangga cam lalat 2 hinggap kat makanan kan.. yela..lalat 2 kan kotor...kang sakit perut lak..heheheh

Gambar yg kedua tu la, sebab tak nak nangka tu rosak atau dimakan binatang lain kan..nak bungkus nangka 2 plak xleh la ketat..nnt busuk plak..

Gambar ketiga lak, kalu kita tengok pon kita dah leh taw kan.. gula2 kan manis, kalu xde pembalut, nescaya semut dan lalat akan hinggap..heheheh..

aku ni asyik cerita pasal gambar kat atas ni jerk..ape motif aku ek..??
Begini sebenarnya, kenapa Allah perintahkan kaum wanita menutup aurat..? Inilah sebabnya, sebab Allah nak kita lindungi dan pelihara diri kita sesuatu yg boleh merosakkan dan membinasakan diri sendiri..
apalah salahnya kalu kita menutup aurat, menjaga kehormatan kita sendiri.. bukan utk orang lain pown.. utk diri kita sendiri gak..

korang nilai lah sendiri...


kat sini aku share sikit pasal pakaian yg menutup aurat


Akhir kata dari aku:

sekadar ingatan buat diriku dan para muslimat yg lain..Semoga mendapat keredhaan Allah.. Insya-Allah..

Jangan delay..

Assalamualaikum pembuka kalam..

kali ni aku nak share something pasal delay2 sesuatu perkara tu..
kalu nak buat sesuatu perkara tu, kalau boleh jangan la delay2.. nanti menyesal tak sudah..
aku nak cerita sikit ni..

Hari ahad malam sabtu ri tu, dalam kul 9 lebih..
aku dapat panggilan dari mama.. pelik gak mama call aku tiba2..
aku pown angkat la panggilan tu..
dengan nada yg agak slow mama cakap " Assalamualaikum tqa, mama ni"  aku pown dengan nada biasa nak manja2 ngn mama pown jwb :waalaikummussalam, ada ape ma?"
"mama nak bagitaw yg atuk dah tak de"... dgn tiba2 jerk aku rase sebak..

nape la mama tak bagitaw aku awal..
dengan hati yg berkecamuk aku terus packing bju2 aku.. nak balik kg.. pada  awalnye aku nak minta tlg kwn aku anta aku p stesen bas.. tapi mlm2 mcm ni mane ada bas lagi.. aku terus amk kunci moto aku n cll kwn aku ni minta teman balik..
aku gerak ke kg jam 10pm..aku langsung tak rasa mengatuk... tapi cian kt kwn aku ni.. dah terlentok2 kat blakang aku ni..

aku sampai kt kg dlm jam 1.30am.. masa aku sampai tu, kaum keluarga ku tgh bacakn "yasin"..

aku tanya pada mama nape tak bagitaw aku awal2 yg atuk msuk hosp.
jwpn yg sungguh aku tak jangka.. "mama terlupa nak bagitaw ko, anak2 lain mama dah bagitaw.."
aku rasa sangat sedih.. sebab tak berpeluang nak jaga atuk masa dye sakit.. jgn kata jaga, jenguk pown tak..

aku ingat nak lawat atuk bila cuti sem ni.. tapi rupa2nya tak sempat..
masa aku cuti sem ri tu, aku tak p pown tgk atuk kt kg..
dan hari ini aku teringat kata2 mama pada aku masa tu
" bila ko nak jenguk atuk..? tak bila dye dah tak ada nanti baru nak p jenguk"
aku rasa sangat kecewa dg diri aku sendiri..
sape suh delay nak p tgk atuk.. skrg baru nak nyesal..dah tak ada guna nye dah..

esk nye, lepas atuk dah siap d kafan kan.. kaum keluarga d bnrkn tgk n cium atuk.. masa aku berjalan menuju ke arah jenazah atuk, aku terdengar suara yg mengatakan atuk nampak cantik.. air mata aku terus mengalir deras.. tak dapat aku nak tahan lagi..


aku kesat air mata aku, aku pown peluk dan cium atuk.. ini kali pertama aku mencium jenazah.. sejuk wajah atuk masa aku cium pipi nya.. aku tatap wajah atuk.. atuk kelihatan cantik.. putih bersih wajahnya.. macam orang yg sedang nyenyak tidur.. tapi kali ni, atuk tidur buat selama-lamanya...

apa yg aku nak share ngn korang kali ni..
jgn sesekali delay tuk jenguk kaum keluarga kita.. terutamanya keluarga terdekat kita.. mak, ayah, adik beradik.. sebab ajal dan maut, semua d tgn Allah.. mungkin masa kita jenguk dyeorg tu, adalah kali terakhir kita berbual dan bertemu dgn mereka.. family first..


ni gambar family aku.. abh, mama, kak ct, abg khairul, kak nor, aku, mohd yasin n nasharudin. termasuklah akk ipar aku n 3 orang ank sedara aku..
Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...