Followers

Daisypath Anniversary tickers

Awet muda


Aku ada terbaca artikel ni...kat mana ntah...lupa lak...saje nak kongsi...


Muka anda biasanya akan berminyak selepas bangun tidur.
Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah.
Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi 3 kali.
Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.
Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.
Sejurus bangun pagi baca doa, amalkan petua ini sebelum mandi dan gosok gigi. Masukkan air dalam mulut selama 10 saat dan selawat 3 kali dalam hati. Kemudian, baru diteguk.
Air liur pada awal pagi mengandungi enzim yang boleh menjadi penawar, kemudian barulah menggosok gigi.
Go to fullsize imageBaca ayat 35 hingga 38 surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
Setelah solat subuh, bacalah surah Yusuf kemudian minum tiga teguk air suam. Mudah-mudahan wajah kelihatan berseri dan awet muda.
Setelah itu lakukan senaman ringan. Hirup udara segar dari luar dan jalan tanpa memakai kasut di halaman yang berumput. Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.
Go to fullsize imageAmalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
Mulakan dari telunjuk kanan sehingga kelingking jari kanan, seterusnya kelingking jari kiri ke ibu jari kiri dan diakhiri dengan ibu jari kanan.
Amalkan menanam kuku dan rambut yang dipotong atau gugur mudah-mudahan mendapat berkat di dunia dan akhirat
Semasa berdandan pada waktu pagi baca selawat di kedua-dua telapak tangan dan rautkan ke muka beserta niat dalam hati supa diindahkan wajah seperti wajah Nabi Yusuf AS. Amalkan setiap pagi.
Ketika makan, janganlah disulam dengan minum air.
Minumlah setelah setengah jam selepas makan.
Rajin-rajinlah membaca Al-Quran dengan niat ikhlas kerana Allah.
Amalkan solat tahajud.
Sentiasa tenang dan bersikap positif.
Go to fullsize imageMulakan sesuatu urusan dengan nawaitu yang baik dan niat kerana Allah.
Maafkan semua orang sebelum tidur.


Selamat beramal...

Selamat Ulang Tahun Kelahiran

Selamat ulang tahun kelahiran buat sahabat baik aku...Alhamdulillah..Allah pertemukan kita dan kita menjalin kan ukhuwah yang sangat aku hargai..

Mula-mula tu memang kita tak bertegur sapa kan...hahahaha..duduk satu aras..bilik berselang 2 jerk..kelakar kan...aku ingat lagi..kita start tegur masa bulan Ramadhan..hehehe..kita bersahur dan berbuka bersama..dari situ baru aku kenal ko...hehehe..lama-lama makin rapat...

sekarang ni..aku da anggap ko macam adik aku dah pown...ye la...mne tak nya..ko da jadi anak angkat mama..kiranya adik aku lakan..heheheh...ok lah..ada gak aku adik perempuan...buat teman kongsi cerita...lagipun..kalau aku p mana-mana pown dengan ko..mesti orang akan tanya ko ni adik aku ke..hehehe..betul x...aku sangat hargai ukhuwah yang terjalin ni...

Happy birthday my sis...moga di permudahkan urusan dan murah rezeki...

Aku doakan ko berjaya dalam apa jua yang ko lakukan...aku tahu ko macam mana..n aku tahu ko leh buat walaupun orang lain beranggapan ianya suatu perkara yang mustahil...moga ko berjaya...ameen...

Masa Untuk Makan

Assalamualaikum...

Ish...ish....ishh....bersawang..berhabuk...berdebu blog aku..hahahaha... lama sangat tak update..almaklumlah... busy la katakan..hehehehe...selesai sudah kejohanan pencak silat taming sari III....Alhamdulillah....walaupun agak kecewa dengan prestasi aku kali ni...tapi bersyukurlah...apa yang aku usaha..tu lah yang aku dapat...tak apalah..cuba lagi untuk taming sari IV....tapi tak taw la..taming sari IV tu aku join ke tak...hehehehe...




Go to fullsize image
Petang tadi aku masak spageti dengan kawan aku...hehehehe...punya la lapar nyer pasal...aku dengan kawan aku ni makan dalam mangkuk lauk yang besar tuhh...peerrggghhh..abes lak tuhh..hahahahaha....macam tak caya gak la...punya banyak la kiteorang makan....terkejut la laki aku tengok aku makan banyak..hahahaha...





esok ada rancang nak makan laksa sarawak pulok..hehehehe...kerja makan jerk minggu nihh..(ehh..bukan tiap2 minggu ke..hehehe) tapi tak taw la jadi ke tak...kena tanya tukang masak nyerr la...almaklum lah...penat turun berat sampai kategori A..hahaha...

okay lah...sampai sini la dulu ea....ooppsss...bukan dulu..hehehe..sekarang la...hik3...tak ada idea la...(sejak bila pulok la aku ada idea nak posting kan...)

Terpukul....

Assalamualaikum...
NURUL IS FIGHTING Post kali ni berkaitan dengan  Kejohanan Taming Sari III yang akan berlangsung tak lama lagi.. Terpukul..?Dipukul..?Memukul..?Dan siapa yang kena pukul..?hehehehe...
Post  ni tak ada kena mengena dengan sesiapa pun...melainkan diri aku sendiri...

Trening malam tadi jurulatih kitaorang bagi nasihat...dan aku sangat terpukul dengan nasihat tersebut...mana tak nya...nasihat tersebut banyak gak la kena dengan aku ni..tapi tak kisah la...


Buang yang keruh, ambil yang jernih....
NURUL FEELS HOPE nak tahu nasihat tu pasal pe..?heheheh...tak payah la... Ianya berlaku secara langsung dan tiada ulang tayang...hahahaha...



Memandangkan Taming Sari III ni dah terlalu dekat da...Aku nak wish kat semua atlet UKM "semoga mencapai kejayaan yang cemerlang" paling tidak pown korang tak kecewakan  diri sendiri...buatlah yang sehabis baik... InsyaAllah Usaha+Tawakal=Berjaya..
kita semua ada PELUANG yang sama untuk menjadi juara selagi wasit tak putuskan siapa yang menang..All The Best kepada Semua...Semoga Berjaya..InsyaAllah....




Oleh yang demikian, dijemput semua warga UKM dan Orang ramai untuk menghadiri festival pencak silat UKM yang berlangsung pada 10-15 Januari 2011.. Bertempat di Dewan Caanselor Tun Abdul Razak (DECTAR)...datang la beramai-ramai ea...terdapat pelbagai gerai jualan dan pameran yang ada...
Sekian... :)

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...