tertarik dengan artikel daripada seorang kenalan ni.. ianya membuatkan aku terfikir sejenak... moga aku tak mengambil hak yang bukan milik aku.. renungan bersama...
" Maksud abang sekarang kereta tu atas nama abanglah ye?", sambung aku.
" Ya ustaz kereta itu bukan atas nama syarikat lagi, kini di bawah nama persendirian cuma syarikat hanya memberi elaun transport serta klaim sahaja ", abang itu menjawab.
Aku bertanya lagi, " Tapi kenapa abang buat macam tu, bukan ke semua orang suka syarikat tanggung?".
" Bukan apa ustaz, suatu hari semasa memandu kereta syarikat tiba-tiba anak saya telefon memesan slurpee di Seven Eleven. Lepas saya singgah dan membeli baru saya teringat, ' Ya Allah ini kereta syarikat, tapi aku sudah menggunakan untuk tujuan peribadi '.
Terfikir saya ustaz kisah Saidina Umar tentang lampu yang dipadamkan waktu anaknya berjumpa dengannya untuk berbincang tentang masalah keluarga. Kan lampu itu hak rakyat maka dia memadamkan agar tidak disoal Allah tentang salah guna amanah.
Saya renung sejenak, bagaimana nanti diakhirat Allah menyoal saya tentang menggunakan kereta syarikat untuk urusan peribadi, padahal itu bukan hak saya.
Dari situlah saya berani mengusulkan cadangan tersebut walaupun seluruh ahli majlis tertinggi tidak setuju dengan cadangan saya.
Alhamdulillah seronok aku mendengar cerita abang itu, wujud di dalam hatinya cintakan agama dan takutkan Allah, Subbhanallah. Tapi bagaimana mereka yang membaca surat khabar, bermain facebook menggunakan pc syarikat? Allahua'lam.
“Allah memberi kasih sayang seratus bahagian, sembilan puluh sembilan bahagian ditahan untuk sementara dan satu bahagian diturunkan ke bumi. Dari satu bahagian itulah seluruh makhluk hidup berkasih sayang, hinggakan kamu dapat melihat binatang mengangkat kakinya kerana khuatir terpijak anaknya.”
::Rahmat Allah mendahului kemurkaanNya::