Followers

Daisypath Anniversary tickers

Tidur itu perlu... (bahagian i)


rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan selamat menjalani ibadah puasa.. lama tak update blog... fuhh... labah-labah dah buat keluarga bahagia dah kat sini..hehehehe...

Alhamdulillah... latihan ilmiah aku dah settle, exam dah lama berlalu, masum telah berakhir dengan jayanya... sekarang ni tinggal menjalani praktikal yang berbaki beberapa minggu sahaja lagi... lepas tu, tamat sudah gelaran aku "pelajar UKM" buat masa ni la.. mana tahu, ada kelapangan nanti, kowt2 nk sambung pelajaran lagi..


ok, aku nak kongsi cerita pasal tidur hari ni.. tidur tu penting.. untuk recharge energy kita.. kalau kurang tidur, badan kita akan jadi lemah dan kurang bermaya.. ala2 zombi gitu..heheh... tapi kalau lebih tidur pown tak elok gak... kita akan rasa malas satu hari tu.. ada kes pulak, akan sakit kepala kalau tidur berlebihan, macam aku ni hah...hehehe...

aku nak share pasal waktu tidur... kita kena elakkan tidur pada waktu

1. Selepas Subuh – hilang keberkatan dan mewarisi kepapaan.
2. Selepas Asar – hilang kewarasan
3. Selepas Maghrib – hilang peluang mendapat kebaikan² yang disediakan di waktu ini.

Tidur selepas solat subuh


hadis pertama:

Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi: 'اللهم بارك لأمتي في بكورها'
(Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi). Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.

hadis kedua:

Anak kesayangan nabi SAW, Fatimah bercerita bahawa satu hari Rasulullah SAW lalu di rumahnya dalam waktu subuh, dan didapati bahawa Fatimah sedang berbaring. Lalu Rasulullah SAW menggerakkan Fatimah dengan kakinya sambil berkata;

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك ، ولا تكوني من الغافلين ، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس

Maksudnya; “Wahai anak perempuanku, carilah rezeki tuhanmu, dan jangan kamu jadi dari kalangan orang yang lalai. Kerana sesungguhnya Allah SWT membahagikan rezeki-rezeki manusia itu, diantara terbit fajar hingga terbit matahari” [Sya’b Al-Iman : 4550 : sanad hadis ini lemah]

hadis ketiga:

Daripada Aisyah, bahawa Rasulullah SAW bersabda;
باكروا طلب الرزق والحوائج ، فإن الغدو بركة ونجاح

Maksudnya; “berpagi-pagilah kamu dalam mencari rezeki, kerana bekerja pada awal siang itu terdapat keberkatan dan kejayaan” [Al-Mu’jam Al-Awsat : 7458]

~tamat bahagian I~


::Pencari Redha Allah::

No comments:

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...