Followers

Daisypath Anniversary tickers

Tidur- Bahagian II

2. tidur selepas asar menyebabkan hilang kewarasan

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah S.A.W ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.
Ibn Qaiyim menambah:

“Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar).”

Setengah ulama mengatakan:
“Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.

Sekiranya korang tak tau nak buat apa petang2, tidak penat atau mengantuk, maka ia merupakan sesuatu yang merugikan. Hehe. Tapi kalau tidur tu kerana terlalu penat dan membolehkan anda untuk fokus pada pelajaran di malam hari, maka tidur lah. Menunaikan hak badan juga merupakan satu sunnah, maka jika kena pada tempatnya tidur hatta selepas asar sekalipun boleh menjadi sunnah (mendapat pahala) lagi. -Di Petik dari ILUVISLAM

*perkongsian bersama~

::Pencari Redha Allah::

No comments:

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...