Followers

Daisypath Anniversary tickers

Warna kesukaan Rasulullah

selama ni kan, mungkin ada yang tak tahu warna kesukaan Rasulullah.. ataupun warna hijau tu melambangkan Islam... ada banyak gak sebenarnya warna kesukaan Rasulullah...


Annas Bin Malik menyatakan " warna yang paling disukai Rasulullah adalah hijau" Namun begitu baginda juga turut menyukai warna putih dan ada juga keterangan bahawa baginda pernah memakai pakaian berwarna hitam, merah hati, abu-abu dan warna campuran...(jangan tanya saya abu2 tu warna apa..memang saya tak tahu...)

Imam Al Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin berkata "Yang disukai oleh Rasulullah adalah warna putih".

Ibnu Hajjar dalam Tanbih Al Akhbar menyatakan "pada hari raya kami disuruh memakai pakaian berwarna hijau kerana warna hijau lebih utama. adapun warna hijau lebih afdal daripada warna lain selepas warna putih".

Ibnu Ady meriwayatkan dari Jabir r.a yang berkata "aku pernah melihat Rasulullah memakai serban hitam pada hari raya".

Al Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir r.a katanya "pernah Rasulullah berpakaian yang bercorak merah pada hari ke 2 hari raya dan hari jumaat".

Al Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a berkata " pernah Rasulullah keluar dengan kepala yang dibalut dengan kain yang berwarna abu-abu".

Imam Bukhari meriwayatkan dari Anas r.a, beliau pernah melihat Rasulullah menutup kepalanya dengan kain biasa yang bercorak-corak warnanya.

(sumber: eramuslim.com)


No comments:

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...