Followers

Daisypath Anniversary tickers

Kurma - Kismis - Madu

Assalamualaikum....
Post kali ni sekadar berkongsi apa yang ada sahaja..hehehehe...aku dapat artikel ni dari kakak aku...


Sabda Rasulullah  s.a.w 
"Berilah makan buah  kurma  kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya  wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal  dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,  bersopan santun  serta cerdas pemikirannya." 



Kebaikan  Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin adalah amat baik sekali jika  puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini  akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit  bayi. 

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa  melahirkan  nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula  yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah  s.a.w.  Puan2 sekalian  janganlah risau kerana takut diserang kencing manis. Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan  jauhkanlah. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana  ianya mengandungi banyak khasiat. 

1)  KURMA 



Nabi Muhammad SAW bersabda: 

"Rumah yang tidak  ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat". 



View Image"Berilah  makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan,  sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih  hatinya)". 



Abu Abdillah a.s. bersabda: 

"Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan  pengaruh sihir". 



Abu Abdillah a.s. bersabda: 

"Orang  yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari  itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak  diganggu setan". 



Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s.   bersabda: 

"Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka  cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati". 



2) KISMIS 


Nabi Muhammad SAW bersabda: 

"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari  sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa  penyakit kecuali kematian". 


"Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat  menghilangkan kepahitan,  menghilangkan  lendir, menyehatkan badan, mencantikkan rupa, menguatkan  saraf dan menghilangkan letih". 


Imam Ali  a.s. bersabda: 

"Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia  tidak akan  melihat pada jasadnya suatu yang tidak  disenangi". 



"Kismis  dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit,  menghilangkan  panas dan memulihkan kesehatan jiwa". 



Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan 

menyehatkan  jiwa". 



3) MADU 



Nabi Muhammad  SAW bersabda: 

Go to fullsize image"Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat  melakukan nasehat Al-Qur'an, 
maka Allah SWT akan menyembuhkannya  dari 77 penyakit". 

"Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia  meminum madu". 


"Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat  menumpukan hati dan menghilangkan kedinginan yang ada di dalam  dada". 



"Allah SWT telah  meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai  ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70  Nabi". 



Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: 

"Madu  adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya,  ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati". 



Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: 

"Rasul saw  sangat menyenangi madu". 



Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau  bersabda: 

"Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat iaitu  meminum madu dan membaca Al-Quran". 




Sekian :)
Selamat mengamalkannya..

No comments:

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...