Followers

Daisypath Anniversary tickers

Diet sesuka hati


Assalamualaikum...
Post kali ni nak cakap pasal diet..hehehehe..aku ada terbaca artikel ni..sekadar nak kongsi jerk la..
ehem...ehem...hehehehe...cari perhatian pulak...
Okaylah ea...kebanyakan perempuan mendefinisikan cantik tu macam ni...
Kurus... Langsing...
Go to fullsize image
 (Watak Cerita Winx)


Biasalah  kan...orang perempuan..nak cantik punya pasal sanggup buat apa sahaja... oleh yang demikian, ikut sesuka hati mereka jerk buat program diet sendiri...apalah dyeorang ni..Hisshh....bagi dyeorang, apa yang penting...berat badan turun..badan langsing...payah nihh....so...jom tengok baik buruk diet ikut suka hati ni.. :)
1. Diet Epal dan Detoks.
Go to fullsize imageMakan hanya epal manis (selalunya epal merah) selama 7 hari berturut-turut. Setiap kali makan dua hingga tiga biji dan dalam sehari menjadi sampai lima hingga enam biji. Selain epal, hanya minum air dan mengambil suplemen untuk detoksifikasi. Tujuannya untuk menjadikan tubuh lebih segar dan pencernaan lebih lancar. Seminggu boleh turun sehingga 2 kilogram (kg).
Fakta: Buah-buahan hanya mengandungi vitamin dan karbohidrat. Tidak ada protein dan lemak seperti yang diperlukan oleh tubuh badan untuk menjalankan fungsinya setiap hari.
Komen Pakar: Menurut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penurunan berat badan yang sihat adalah 1 hingga 1.5 kg/minggu dengan pengurangan makanan sebanyak 500 kalori/hari.
Dalam setiap penurunan berat badan, sebaik-baiknya kurangkan jumlah lemak di dalam badan. Pengambilan buah-buahan untuk menurunkan berat badan bukan hanya menyebabkan jumlah lemak di dalam tubuh menurun, tetapi juga kandungan protein otot dan jumlah cairan di dalam tubuh berkurang.
Kehilangan air yang terlalu banyak dapat membahayakan ginjal. Bila berat badan kembali naik, kemungkinan lemak semakin meningkat.
Sebenarnya tubuh kita mampu mendetoksifikasikan bahan-bahan beracun dan yang tidak diperlukan tubuh secara semulajadi. Proses detoksifikasi berlaku di hati. Jadi, pengambilan suplemen untuk detoksifikasi bukanlah satu keperluan.
2. Diet Elak Nasi. 
Go to fullsize imageLangsung tidak menyentuh nasi dan hanya sesekali makan roti atau mi, selebihnya makan sayur dan buah-buahan. Malah, makanan bergoreng, terus dielakkan.
Minuman seperti kopi dan gula juga tiada di dalam menu seharian. Makan selepas jam 7 malam? Tidak sesekali!
Fakta: Makanan seperti nasi, roti dan mi semuanya mengandungi karbohidrat. Nasi yang berasal daripada beras merah sebenarnya lebih menyihatkan kerana ia bukan sahaja mengandungi karbohidrat tetapi juga kaya dengan protein dan serat.
Komen Pakar: Beras merah, kentang (dengan kulitnya), roti dari biji-bijian dan bijirin amat disarankan sebagai pengganti sumber karbohidrat.
Karbohidrat yang mengandungi banyak serat dapat digunakan untuk mengendalikan kadar gula rendah, kadar lemak darah, dan juga berat badan. Jangan terus 'bermusuh' dengan nasi.
Cara terbaik, kurangkan saja kuantitinya.
Ikut pola pemakanan sihat mengikut piramid makanan Asia bermula seperti hasil beras, tepung dan bijiran, diikuti dengan sayur dan buah-buahan.
Seterusnya protein haiwan dan tumbuhan seperti susu rendah lemak, daging tanpa lemak dan kekacang dan akhir sekali makanan yang paling sedikit diambil seperti lemak atau minyak dan gula.
3. Makan Tiga Sudu.
Berat badan mudah naik bagi sesetengah orang, jadi diet seperti ini sering diamalkan. Sayur-sayuran menjadi sahabat baik. Lauk kegemaraan seperti ikan atau dada ayam tanpa kulit dipilih. Biasanya, makan secara perlahan-lahan agar mudah rasa kenyang. Juga banyak minum air putih.
Fakta: Makan dengan perlahan memberi peluang kepada otak untuk mengirimkan signal sudah kenyang. Cara begini membantu menggelakkan anda daripada makan berlebihan.
Komen Pakar: Pola pemakanan yang sihat, lengkap dengan air, karbohidrat, protein, lemak dan serat. Namun, masih kurang pengambilan protein tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan sehingga kekurangan keperluan vitamin dan mineral.
Cuba variasikan sumber protein dengan menambah pengambilan makanan seperti kekacang. Nutrien makanan harus seimbang kerana tubuh amat memerlukannya.
Perhatikan juga cara memasak. Kurangkan menggoreng makanan.
Makan tiga sudu sudah cukup kerana pengambilan sayur-sayuran sudah cukup banyak. Tambahan, sayur dan buah juga mengandungi karbohidrat yang tinggi serat.
Sumber:I Luv Islam


Sekian sahaja buat kali ini..kepada mereka yang nak diet..tak kisah la lelaki ke perempuan....(lelaki pon ada jugak yang nak kena diet..hehehe...) amalkan program diet yang betul... tak guna kalau langsing tapi tak sihat...
Selamat beramal..:)

No comments:

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...