Followers

Daisypath Anniversary tickers

Andaian yang tak pasti..

Assalamualaikum...lama sungguh aku tak update blog aku ni..lepas kena hack tu lah...lagipun..aku agak sibuk dengan aktiviti aku sekarang ni..bagi sahabat2 yang sentiasa bersama aku dan memahami aku...terima kasih banyak2...aku tak mampu nak buat semua orang memahami aku sebab aku pon tak memahami mereka...cukuplah cuma insan2 yang tertentu sahaja yang tahu...

memang sem kali ni aku tak banyak sangat kelas macam sem2 sebelum ni...tapi aku ada komitmen lain.. aku juga tahu semua insan yang bergelar "anak" ada tanggungjawab terhadap keluarga mereka sendiri..begitu juga aku... aku ada impian untuk aku laksanakan..impian yang memaksa aku mengorbankan sesuatu yang lain.. aku korbankan apa yang aku suka...sifu kata "orang berjaya akan lakukan perkara yang dia tak suka"..

aku tahu..aku mampu membahagiakan orang tua aku 5 atau 10 tahun akan datang...tapi adakah aku berkesempatan untuk melakukan sedemikian pada masa itu nanti.. itulah yang membuatkan aku mula berubah... cukuplah pengorbanan yang orang tua aku lakukan..dari aku kecil sampai sekarang...sampai bila lagi aku nak susahkan mereka..walaupun aku tahu..tak akan ada ibu ayah yang cakap anak2 mereka tu adalah beban bagi mereka....tapi CUKUPlah...banyak impian ibu dan ayah kita pendamkan untuk besarkan kita....

andai esok aku dah tiada...siapa yang nak jaga orang tua aku...andai aku "pergi" tanpa meninggalkan sebarang harta untuk mereka...bagaimana hari mereka pada masa akan datang..?? andai aku tiada, ada tak kawan2 lepak aku yang nak tanggung keluarga aku..??? ayah aku pernah cakap pada aku..ayah meletakkan tanggungjawab menjaga keluarga aku...tanggungjawab sedemikian cukup besar dan berat bagiku...tapi apalah sangat tanggungjawab itu kalau di bandingkan dengan jasa ibu dan ayah aku dulu...aku sebenarnya bukan lah seorang yang kuat untuk pikul tanggungjawab ni..mujurlah lah..ada sahabat2 yang sentiasa memberi aku sokongan agar aku bersabar dan gigih dalam perjuangan aku ni...moga Allah tabahkan hati ku...

 sekadar luahan kepada diri sendiri~

Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah 
kerana di saat itu kita ada ruang 
untuk mengingati dan merindui........

No comments:

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...