Followers

Daisypath Anniversary tickers

Kata-kata lebih tajam dari mata pedang

Memang benar, perkataan yang kita ucapkan lebih tajam dari mata pedang.. ia menyakitkan tanpa menampakkan lukanya... namun, percaya lah.. perkataan mempunyai kuasa dalam membentuk diri...sebagaimana yang kita selalu dengar kata-kata itu doa.. that why, pemilihan perkataan itu sangat penting...

Dua perkataan yang dapat dikaitkan dengan persoalan yang sering dilemparkan kepada diri adalah Dua petarung yang akan bertarung untuk merebut 'kejuaraan diri'. Para petarung adalah 'Mengapa' dan 'Bagaimana'. Rasanya-rasanya, yang manakah adalah pemenang?

Bagaimana?
Bagaimana adalah perkataan berbentuk positif. Ia mengarah kita kepada sesuatu yang lebih baik. Contohnya apabila kita melihat sesuatu atau sedang menghadapi masalah, kita bertanya kepada diri ataupun sekeliling, bagaimana dia melakukannya? Apabila perkataan yang tepat dilontarkan, jawapan yang tepat juga dikeluarkan. Kita akan mula memikir dan mencari bagaimana perkara itu dapat dibuat atau diselesaikan. 'Bagaimana' membawa kepada penyelesaian masalah.

Mengapa?
Seterusnya adalah 'mengapa'. Mengapa adalah perkataan yang membawa ke arah negatif. Apabila kita menghadapi masalah, anda mungkin mengatakan mengapa ianya terjadi kepada kita. Mengapa membawa kita kepada alam alasan. Ia membantu kita membina seribu alasan. Walau ia nampaknya 'baik' kerana membuat kita seorang yang tidak bersalah, tetapi sebenarnya ianya tidak membantu kita untuk masa jangka panjang. 'Mengapa' adalah perkataan lemah!  (sumber: iluvislam)


Lihatlah (click sini) kuasa perkataan 

Selalu lah set di minda anda "saya hebat, saya boleh lakukannya" dan jangan sesekali mengatakan "AKU TAK BOLEH BUATLAH"... jangan buat keputusan untuk diri anda sendiri sebelum anda mencubanya..untuk perkara2 yang positif jek k...

sekadar perkongsian bersama~



Ada waktunya, 
sepi menjadi lebih indah
kerana di saat itu kita ada ruang
untuk mengingati dan merindui........

No comments:

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...