Siapakah orang yang sibuk?
orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah dia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illahi rojiuun". Lalu sambil berkata " Ya Rabbi, aku redha dengan ketentuan Mu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa dengan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa menunpuk-numpukkna harta.
Siapakah orang yang rugi?
orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah dan amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal kebaikan di mana kuburnya akan dperluas saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
orang yang mempunyai akal adalah orang yang menghuni syurga kelak keran telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksaan api nerak.
Ada waktunya,
sepi menjadi lebih indah
kerana di saat itu kita ada ruang
untuk mengingati dan merindui........
No comments:
Post a Comment