Followers

Daisypath Anniversary tickers

Di sebalik PMUKM


Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami sudah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan."  (Surah al-Ahzab, ayat 72)

bukan mudaah untuk menjadi pemimpin... saya begitu kagum dengan pengorbanan dan kesanggupan barisan kepimpinan PMUKM memikul tanggungjawab tersebut.. mungkin kita tak perasan, apa pengorbanan yang mereka lakukan.. tapi kita sering menuding jari menyalahkan mereka jika ada kesilapan dan kelompangan.. 


di mana kita ketika cuti semester?? di rumah? sedang bercuti? bersenang lenang?
di mana pula pemimpinan PMUKM  kita berada? adakah mereka juga bersenang lenang? atau berada di UKM menyiapkan segala urusan dan aduan anda..? saya ada seorang sahabat yang terpaksa melepaskan aktiviti bersama-sama rakan demi menjalankan tugas sebagai pemimpin... datang kelas lewat kerana meting  dengan pihak tertentu.. tidak dapat sertai group discision..kerana melambak surat dan urusan yang perlu dibuatnya..
itu baru kisah seorang pemimpinan PMUKM...bagaimana pula dengan pemimpin yang lain..? 

saya kesal dengan sikap sesetengah pelajar yang memburuk-buruk kan pemimpin.. tak kisah sama ada GM atau Aspirasi... mereka insan terpilih.. yang sanggup memikul tanggungjawab...usah tambah beban yang mereka pikul.. letakkan kepercayaan anda terhadap mereka...hormati mereka selagi tidak bercanggah dengan Islam.. jika ada kelompangan, sama2 lah kita membetulkannya.. bukan saling menyalahkan... 

tidak salah kalau nak menegur pemimpin...tapi biarlah lah dengan cara yang betul..bukan dengan cara menghina dan mengata..Islam itu indah...apalah salahnya kita menggunakan budi bicara kita untuk berbincang..? tak ada ruginya, bahkan lebih molek dan dapat mengindari diri kita dari terjebak dengan rancangan syaitan yang ingin memecah belahkan manusia.. fikir2 lah rakan2 sekalian...

tidak perlu menunggu pemimpin kita di luar sana mengubah cara mereka mentadbir... kita mulakan dengan diri kita sendiri... usah saling menghina dan mengata... kerana anda semua adalah mahasiswa yang berpelajaran tinggi.. boleh nilai mana baik dan buruk.. memimpin bukan atas tiket kepentingan diri tapi kepentingan ummah dan pelajar...  


Ada waktunya, 
sepi menjadi lebih indah 
kerana di saat itu kita ada ruang
untuk mengingati dan merindui........

No comments:

Powered By Blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...