Tujuh golongan akan dilindungi Allah di bawah bayangannya di
akhirat kelak:
akhirat kelak:
- Pemerintah yang adil
- Pemuda yang hidup dengan beribadah kepada Allah
- Lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan majid-masjid
- Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah
- Lelaki yang digoda oleh perempuan yang mempunyai kedudukan dan mempunyai rupa paras yang jelita (untuk melakukan zina) lantas ia berkata, "Aku takut kepada Allah."
- Lelaki yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu dia menyembunyikan perbuatannya itu hinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya (dalam setengah riwayat: hinggakan tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya)
- Lelaki yang mengingati Allah secara berseorangan hinggakan menitis air matanya.
Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati dan merindui........
No comments:
Post a Comment